Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 1, 2022 @ 6:42pm

Isu Langgar Kontrak, A Aida & Idris Khan Setuju Selesai Kes Luar Mahkamah

Penerbit sensasi, Datuk A Aida dan pelakon Idris Khan bersetuju untuk selesaikan kes saman yang difailkan oleh penerbit tersebut di luar mahkamah.

Memetik laporan Kosmo, keputusan tersebut dibuat selepas A Aida menarik balik saman terhadap Idris ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam prosiding berkenaan, peguam yang mewakili Idris selaku defendan kedua iaitu Jason Wee memohon supaya kes berkenaan diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Permohonan yang dibuat dihadapan Hakim Zulqarnain Hassan turut dipersetujui oleh pihak A Aida.

Susulan kes berkenaan mendapat kata sepakat kedua-dua pihak, Zulqarnain kemudian membenarkan ia diselesaikan di luar mahkamah secara baik tanpa sebarang tanggungan pada kedua-dua belah pihak.

Namun, mahkamah turut memerintahkan pelakon drama Tuan Danial itu membayar RM3,780 kepada plaintif sebelum penghujung November 2022 selain tidak boleh memfailkan saman malu terhadap A Aida.

Dalam prosiding di mahkamah sama juga, defendan pertama, iaitu pelakon Amelia Henderson kekal dengan keputusan untuk meneruskan perbicaraan.

Terbaharu, Idris telah mengeluarkan kenyataan bagi kes tersebut dalam Instagram miliknya.

“Setelah perbincangan antara peguam saya dan peguam A Aida, pihak telah mencapai satu persetujuan di luar mahkamah di mana A Aida menarik balik kesemua writ dan tuntutan ke atas saya tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dengan syarat saya tidak memulakan tuntutan saman ke atas beliau, termasuk tuntutan saman malu ke atas beliau.

“Saya perlu memberikan balik wang pendahuluan sahaja ke beliau dan tidak ada apa-apa pengakuan dari pihak beliau mahupun pihak saya ke atas liabiliti di dalam kes ini.

“Pihak-pihak telah bersetuju dan mencapai kata sepakat pada hari ini.

“Ini bagi saya satu pengadilan yang adil dan saksama ke atas diri saya di mana pihak-pihak tidak perlu memanjangkan proses ini.

“Malahan, status quo saya di dalam kes ini tidak disekat. Keputusan ini dibuat selepas perbincangan secara menyeluruh dengan pihak peguam saya Jason Wee dan pihak A Aida,” tulisnya.

Terdahulu, A Aida memfailkan saman terhadap Idris dan Amelia kerana didakwa melanggar kontrak penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

ARTIKEL BERKAITAN: Idris Khan & Amelia Henderson Ke Mahkamah November Ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 24 Feb 2019

’Terlalu Banyak Kebetulan Antara Kami’- Nazim Othman Jawab Gosip Bercinta Dengan Fatin Afeefa

Kalau betul pun apa salahnya kan, dua-dua pun tengah single…

Featured Fri, 25 Nov 2022

Aeril Zafril Tak Boleh Melawat Nad Zainal Gara-Gara…

Sebab apa eh Aeril tak boleh melawat Nad?

Hiburan Fri, 12 Apr 2019
Hiburan Thu, 29 Jan 2026

Istiqamah Berhijab, Elly Mazlein Tolak Tawaran RM500,000! Bersyukur Dikurniakan Peluang Lain

Elly Mazlein menolak tawaran lumayan berjumlah RM500,000 yang memerlukan dia membuka tudung.

Featured Thu, 21 Aug 2025
Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Hiburan Sun, 25 Mar 2018

“Seksi Tak Bermakna Saya Tak Tahu Agama” – Nana Al Haleq

Nana juga menganggap aktiviti membentuk otot ini merupakan kerjaya seni yang boleh menjadikan diri beliau sebagai inspirasi kepada masyarakat

Trending Mon, 27 Aug 2018

‘Janganlah Tutup Periuk Nasi Orang’ – Serina

Tidak sangka ada juga yang busuk hati ingin menjatuhkan perniagaan Serina Ridzuawan… Apa yang terjadi?

TECH Sun, 9 Dec 2018

5 Aplikasi Terbaik untuk Mencantikkan Instagram Stories

Mencantikkan pandangan Instagram Stories kini lebih mudah dengan 5 aplikasi di bawah ini.

error: Content is protected !!