Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 12, 2019 @ 12:00pm

Muna Shahirah Pilih Genre ‘Jiwang’

Mula popular dengan Takdir Cinta disusuli Teguh Setia, bakat baharu, Muna Shahirah mengaku lebih selesa menyanyikan lagu balada.

Muna yang dicungkil bakat daripada program realiti, Akademi Fantasia (AF) 2014, memberitahu, biarpun lagu balada atau mendayu sukar dibawa, genre itu lebih dekat dengan dirinya.

“Lagu balada sukar dibawa jika hendak dibandingkan dengan dendangan rancak. Kalau vokal biasa sekalipun, masih boleh bawa lagu rancak kerana mudah dipelbagaikan.

 

“Saya fikir lagu balada lebih sesuai dengan vokal. Kalau bawa lagu rancak, macam tak kena. Kalau diberi peluang atau mencuba, saya suka lagu rancak yang lebih condong kepada dangdut,” katanya kepada BH Online.

Muna yang juga calon awal kategori Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, bertuah apabila ditawarkan merakamkan lagu Takdir Cinta dan Teguh Setia ciptaan komposer terkenal, Ibnu serta Gouffran.

Muna atau nama penuhnya, Muna Shahirah Munadi berkata, ketika ini, dia menyanyi sepenuh masa.

“Saya memiliki ijazah sarjana muda sains (matematik) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2015. Saya minat dalam bidang itu, cuma, saya fikir, tak salah mencuba nasib dalam bidang nyanyian.

“Buat masa ini, saya suka lakukan satu kerja sahaja. Saya tak boleh buat banyak kerja serentak,” katanya yang berasal dari Mersing, Johor.

Pernah menjadi penyanyi Yayasan Warisan Johor ketika berusia 12 tahun, Muna pernah putus asa dan hampir meninggalkan dunia nyanyian, dua tahun lalu.

Dia pernah terfikir mahu mengikut adik bekerja dalam bidang perhotelan di Singapura.

“Ketika itu, saya tak kisah melakukan apa sahaja kerja asalkan dapat membantu ibu bapa. Siapa sangka, suatu hari, pengurus dan wakil syarikat rakaman, FMC Music hubungi saya,” katanya.

Mengenai peluangnya dalam ABPBH 32, Muna tidak meletakkan harapan tinggi.

“Kalau ada rezeki, saya hendak jadi calon Top 5. Cuma persaingan sengit… Saya harapkan keajaiban. Namun, dapat jadi calon Top 20 sudah dianggap rahmat,” katanya.

 

Kredit: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Apr 2025

Bonda Rozita Enggan Jaja Aib Perkahwinan Terdahulu – “Anak Saya Sendiri Tak Perlu Tahu”

Usahawan sensasi, Bonda Rozita Ibrahim kekal dengan pendirian untuk tidak mengulas lanjut mengenai kehidupannya termasuklah isu perkahwinan terdahulunya.

Hiburan Tue, 1 Oct 2024
Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Haziq Hussni Percaya Rezeki Itu Tidak Pernah Salah Alamat

Semoga segala urusan Haziq Hussni dipermudahkan. Tahniah Haziq!

Cahaya Mata Tue, 20 Sep 2022

“Saya Dengan Intan Sangat Takut” – Harris Alif Tak Berani Tinggal Anak Dengan Pembantu Rumah

Alamak kenapa pulak tu? Tapi min setuju jangan tinggalkan anak sendirian dengan pembantu je..

Featured Sun, 3 May 2026

“Artis Juga Manusia Biasa, Perlu Tunaikan Kewajipan”- Aisha Retno 

Aisha Retno tampil memberikan penjelasan berhubung persoalan yang sering dibangkitkan mengenai pelaksanaan ibadah solat dalam kalangan artis, khususnya ketika mengenakan solekan.

Featured Thu, 19 Jan 2023

[VIDEO] “Tak Kisah Menantu Tak Pandai Masak, Bangun Lambat.. Asalkan Perlu Berpendidikan & Jadi Usahawan…” – Bonda Rozita Ibrahim

‘Jadi perempuan, cerai mati atau hidup, lelaki sayang atau tak.. kita perlu ada standard’ – Bonda Rozita

Hiburan Wed, 19 Feb 2020
error: Content is protected !!