Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Maya Basir September 20, 2022 @ 6:36pm

“Saya Dengan Intan Sangat Takut” – Harris Alif Tak Berani Tinggal Anak Dengan Pembantu Rumah

Pengacara dan penyanyi, Harris Alif mengakui takut untuk meninggalkan anak sendirian dengan pembantu rumah susulan kes pembantu rumah lari dan pengasuh dera anak kecil.

Menurutnya, jika dia dan isteri, Intan Ladyana sibuk, ibunya akan membantu untuk menjaga anak walaupun ada pembantu rumah.

“Saya tak berani nak lepas anak dengan pembantu rumah saja. Memang ada CCTV di rumah, tapi kalau benda nak jadi, saya dengan Intan sangat takut.

“Takpelah biar saya bagi ibu saya yang jaga, saya dengan wife tak susah hati nak kerja,” katanya.

Harris ditemui semasa majlis pelancaran perisa baru Scott’s Gummies and Multivitamin di Pavillion Bukit Jalil, pada Khamis lalu.

Tambah Harris, dia dan isteri akan bahagikan masa untuk jaga anak dan akan berbincang terlebih dahulu dengan isteri yang merupakan seorang pelakon.

“Intan sendiri dia punya shoot dekat area Klang Valley dan saya sendiri pun tiada shoot outstation lama-lama, paling lama pun dua tiga hari saja lepas tu saya terus balik.

“Sekarang ni memang kami berdua tengah bahagi-bahagikan masa dengan kerja dan masa untuk anak. Macam hari-hari kami akan tanya siapa nak buat ni, siapa nak buat tu,” ujarnya.

Untuk rekod, Harris dan Intan Ladyana mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Evie Khadeeja yang kini sudah berusia 7 bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 23 Apr 2025

Cetus Suasana Interaktif, Kempen Penutup Dapur Panas Digital Perkasa Wanita B40

Salah satu detik menarik sepanjang majlis ialah demonstrasi penyediaan teh tarik oleh Puan Masri Binti Md Husin.

Events Tue, 4 Dec 2018
Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Tahniah! Siti Sairah Mengandung Lagi

“Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rohim. 2nd checkup. Wahai anak. Menantikan saat indah, walaupun hati berdebar..” tulis Sairah berserta foto imbasan ultrasound hitam putih.

Hiburan Mon, 20 Jan 2020
Hiburan Wed, 18 Jun 2025
error: Content is protected !!