Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 24, 2019 @ 11:33am

’Terlalu Banyak Kebetulan Antara Kami’- Nazim Othman Jawab Gosip Bercinta Dengan Fatin Afeefa

Selepas melalui episod penceraian tahun lalu, nama pelakon Nazim Othman tidak pernah sunyi dikaitkan dengan gosip cinta.

Terbaru, pelakon berusia 35 tahun ini dilaporkan intim dengan pelakon Fatin Affefa.

Menerusi laman Instagram jejaka yang kini digelar Putera Kayangan, Nazim turut memuatnaik sekeping gambar berdiri di sisi Fatin.

Nazim ketika ditemubual oleh team Melodi mengakui Fatin merupakan teman rapatnya buat masa ini.

“ Ini kerana terlalu banyak kebetulan antara kami. Ada juga kami terserempak di luar ketika berjalan-jalan. Macam ‘Eh jumpa you lagi’.

“ Orang hanya nampak di media sosial tetapi mereka tidak tahu hal sebenar. Saya terserempak, itu yang mereka tidak lihat. Kadang-kadang saya jumpa dia bersama pasangan,” katanya.

Tambah Nazim, dia menggunakan terma ‘Teman Tapi Mesra’ untuk ayat lebih selamat.

“ Itu sahaja, tiada apa-apa pun. Hal lain rasanya orang luar tidak perlu tahu pun,” katanya tertawa.

Nazim pernah berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada September 2016 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Manakala pelakon Fatin Afeefa pernah berkahwin dengan Adam Shahz dan bercerai pada 30 Mei 2017 selepas empat tahun hidup bersama.

Jangan lupa saksikan kenyataan lanjut daripada Nazim di Melodi jam 12 ini hanya di TV3! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 21 May 2025

Syafiq Yusof Label Ejen Ali The Movie 2 Animasi Terbaik, Siap Bagi Rating 1000/10!

EATM2 dipuji sebagai karya bertaraf antarabangsa🔥

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

YUNA DAPAT PUJIAN LAGI?

Yuna yang kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat itu tidak keberatan untuk membantu sebuah keluarga yang berasal dari Kedah apabila berhadapan situasi sukar ketika bercuti disana

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Thu, 18 Sep 2025
Featured Wed, 25 May 2022
Hiburan Mon, 4 Feb 2019
Hiburan Fri, 1 Mar 2019

‘Karakter Shuib Dan Ajak Lebih Kurang, Jadi…’ -Fizie Hot FM Puji Sikap Profesional Shuib

Best kan bila dapat rakan kerja yang ‘masuk air’? Syok habis!

error: Content is protected !!