Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin May 21, 2025 @ 11:57am

Syafiq Yusof Label Ejen Ali The Movie 2 Animasi Terbaik, Siap Bagi Rating 1000/10!

Pengarah filem terkenal, Syafiq Yusof meluahkan rasa kagum terhadap filem animasi tempatan Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) usai Tayangan Perdana nya yang diadakan di IOI Mall Putrajaya baru-baru ini.

Filem animasi terulung hasil garapan hebat anak muda tempatan ini turut menerima reaksi positif menerusi jalan cerita, kualiti visual mengangumkan dan mesej menyentuh hati yang disampaikan dengan berkesan.

Kata Syafiq, EATM2 telah meletakkan penanda aras baru untuk animasi filem tempatan.

“Saya rasa memang Ejen Ali 2 sangat best sebab ini antara animasi terbaik yang Malaysia pernah hasilkan. Memang satu benchmark baru untuk animasi filem tempatan.

“Kualiti dia sangat realistik, ada shot-shot rasa macam betul-betul shooting. Jujurnya saya sangat bangga. Anda ssemua memang kena tengok, wajib tonton!” katanya.

Sementara itu, pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam juga memberikan pujian terhadap naskhah ini.

“Ejen Ali 2 ni, dari apa yang saya tengok sendiri memang sebuah filem yang sangat bermutu. Kualiti dia menyamai standard filem antarabangsa.

“Saya sangat respect filem tempatan ini sebab dari segi pembikinan, tahapnya sangat tinggi. Daripada 10, saya bagi 10 bintang,” ulasnya.

 

Selain ikon filem tempatan,  ikon sukan negara dan duta Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Datuk Azizulhasni Awang juga tidak ketinggalan memebrikan pujian sekaligus mengaku EATM2 ini sarat dengan emosi dan aksi.

Sekadar info, filem animasi penuh aksi ini sesuai untuk tontonan semua peringkat umur dan pastinya bakal menyajikan pengalaman menonton yang mengujakan.

Saksikan pengembaraan epik Ejen Ali The Movie 2 yang akan ditayangkan di pawagam mulai 22 Mei 2025!

Jualan tiket telah dibuka untuk tayangan yang bermula seawal 20 Mei di lebih 70 lokasi pawagam seluruh Malaysia, jadi ini peluang untuk merancang pengalaman menonton lebih selesa dan teratur, khususnya menjelang musim cuti sekolah yang sentiasa sibuk.

Ejen Ali The Movie 2 dibawakan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation dengan kerjasama Komet Productions.

Teruskan membakar semangat anda menjelang tayangannya dan sahut panggilan misi dengan menggunakan tanda pagar rasmi #EjenAliTheMovie2 di semua platform media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 20 Dec 2018

Berkonsepkan Kolonial Perancis, Dash Resort Tarikan Terbaru Pulau Langkawi

Dash Resort Langkawi diiktiraf sebagai Reka Bentuk Resort Terbaik dalam World Luxury Hotel Awards.

Hiburan Sun, 25 May 2025

Impian Bidang Penyiaran Irsyad Tarudin Kini Jadi Kenyataan

Impian Irsyad sejak kecil kini jadi realiti.

Hiburan Fri, 1 Mar 2019

Hamil Anak Kedua, Hanis Zalikha Asyik Mengidam Makanan Manis

Semoga segala urusan bersalin anak kedua Hanis dipermudahkan Allah SWT… Insya Allah.

Events Wed, 29 Jun 2022
Hiburan Mon, 29 Dec 2025

Nazim Othman Luah Kecewa, Minta Netizen Berhenti Hukum Aprena Manrose – “Dia Masih Ada Pegangan, Cuma Berada Di Fasa Rapuh”

Nazim menyuarakan rasa terkilan melihat respons netizen yang disifatkan terlalu cepat menghukum

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

Sweet Qismina Tampil Kelainan Apa Tu?

Sekali sekala tampil dengan imej yang berbeza apa salahnya kan?

Hiburan Mon, 7 Jul 2025
Trending Tue, 6 Mar 2018

Bacaan Ayat Suci Al-Quran Seorang Qari Kelantan Ini Cetus Fenomena Sensasi Hingga Ke Negara Arab Saudi

Pemuda yang bernama Mohamad Yusuf ini telah berjaya menawan hati masyarakat di negara Arab dengan kelebihan dan kemahiran beliau mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan baik.

error: Content is protected !!