Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Khairil Khusyairi June 24, 2023 @ 1:00pm

Saksi Jumpa ‘Group WhatsApp’ Ada Gambar & Video Lucah Dalam Telefon Bimbit Ebit Lew

Seorang saksi dalam perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret Tenom satu kumpulan WhatsApp mengandungi gambar dan video berunsur lucah ditemukan dalam telefon bimbit yang diterimanya pada 8 Oktober 2021.

Menurut laporan Bernama, Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz, 43, berkata telefon bimbit itu dihantar ke makmal forensik PDRM kira-kira jam 12.02 tengah hari oleh pegawai penyiasat.

Saksi pendakwaan ketujuh itu berkata telefon bimbit itu disimpan dalam keadaan selamat, sebelum dikeluarkan pada 22 Oktober 2021 untuk proses analisis namun telefon bimbit itu mempunyai kata laluan.

“Saya menghubungi pegawai penyiasat untuk mendapatkan kata laluan bagi membolehkan akses oleh sistem analisis dan diberikan pada hari yang sama…saya kemudian jalankan analisis terhadap telefon bimbit itu sebelum menemukan Kumpulan WhatsApp itu,” katanya.

Latifah berkata demikian semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad yang bertanya hasil analisis saksi terhadap telefon bimbit yang diterimanya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Saksi Maklum Ada 936 Gambar ‘Screenshot’ Laman Sesawang Lucah Pada Telefon Ebit Lew

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Asyraf Zolhani menetapkan perbicaraan disambung dari 16 hingga 18 Ogos depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Dec 2021

“Saya Sedih Tengok Mesin Basuh, Peti Sejuk Dibuang” – Lelaki Ini Kongsi Cara Baik Pulih Barang Elektronik Yang Rosak Akibat Banjir

Seorang pengguna TikTok dengan nama pengguna @sayazuhri telah berkongsi cara untuk membaiki peti sejuk di akaun TikTok miliknya. Menerusi video yang dimuat naik, lelaki itu meluahkan rasa sedih apabila dia melawat ke kawasan yang terjejas […]

Featured Thu, 30 Oct 2025

Zul Ariffin Batal Hasrat Berhijrah Ke Makkah – “Kadang Allah Bagi Lalu Orang Yang Mengarut Depan Kita”

Zul Ariffin menegaskan dia membatalkan hasratnya untuk untuk berhijrah dan membuka perniagaan di Makkah, seperti yang pernah dikongsikannya sebelum ini.

Hiburan Fri, 9 Aug 2024
Featured Mon, 22 May 2023

Hot FM Umum KJ Jadi DJ Hingga Disember Ini

Makin seronoklah Hot FM lepasni!

Hiburan Tue, 9 Jul 2019

Dikecam Sebab Seksi Sangat, Apa Komen Nadia Brian?

Nadia Brian memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dan terguris dengan gaya pemakaiannya bagi menjayakan sebuah sesi fotografi baru-baru ini.

Featured Fri, 28 Oct 2022

Video Selawat Depan KLCC Raih Pujian, Peminat Doakan Zizi Kirana Terus Istiqamah

Video alunan selawat Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 yang juga personaliti TV, Farhatul Fairuzah bersama penyanyi Zizi Kirana mendapat perhatian netizen. Menerusi video berdurasi 31 saat yang dikongsikan di Instagram, warganet dan rakan selebriti […]

Featured Fri, 2 Dec 2022
error: Content is protected !!