Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd May 25, 2021 @ 4:20pm

Vaksin AstraZeneca Akan Dibuka Kepada Individu Bawah 60 Tahun Mulai Esok

Berita baik buat mereka yang masih belum mendaftar vaksin!

Slot tempahan kepada individu bawah 60 tahun bagi pusingan kedua vaksin AstraZeneca akan dibuka mulai  esok (Rabu) bermula jam 12 tengah hari.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Keutamaan diberikan kepada warga emas hari ini dan pagi esok,” kata Khairy pada sidang akhbar perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di sini hari ini.

Sementara itu, jumlah pendaftaran vaksin kini telah mencecah hampir 45 peratus melibatkan pendaftaran sebanyak 10,850,160 individu.

Khairy berkata, angka itu membuktikan kadar vaksinasi negara telah mula mencatatkan peningkatan.

“Kadar vaksinasi negara telah mula mencecah 75,000 dos sehari dengan rekod tertinggi setakat ini pada 24 Mei iaitu sebanyak 95,000 dos sehari.

“Kita jangkakan kadar ini akan meningkat untuk kita capai sasaran pada bulan Jun iaitu 150,000 dos sehari,” tambahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Nov 2022

[VIDEO] “Kalau Tau Suruh Dia Buat Silat Masa Kahwin” – Neelofa Terhibur PU Riz Terkejut Siap Buka Langkah Kuda!

Min saja ulang banyak kali video PU Riz bersilat 🤣🤣 Terkejut sangat ni hahaa

Hiburan Fri, 22 Aug 2025
Trending Sat, 24 Apr 2021

Hina Raja Permaisuri Agong, Aktivis Ini Akhirnya Ditahan Polis

Min tengok ramai juga yang buat #solidariti untuk Fahmi ni

Featured Sat, 23 Jul 2022
Trending Fri, 20 Apr 2018

Dikecam Kerana Menghadiri Pesta Muzik Coachella, Kylie Jenner Kongsi Gambar Anak Comelnya

Anda tengok sendiri, gerenti hati anda akan berbunga-bunga. Rasa macam nak gigit!

Hiburan Wed, 6 Dec 2023

Kontrak Ditamatkan? Ini Kenyataan Rasmi Warner Music Berkenaan Isu Kaka Azraff

Ini penjelasan Warner Music berkenaan isu Kaka Azraff

Hiburan Wed, 16 Apr 2025
Featured Thu, 22 Feb 2024
error: Content is protected !!