Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 25, 2025 @ 12:55pm

Impian Bidang Penyiaran Irsyad Tarudin Kini Jadi Kenyataan

Bakat baharu dalam industri penyiaran, Irsyad Tarudin gembira kerana impian yang disemai kini menjadi kenyataan.

Pernah berkhidmat sebagai penyampai radio secara sambilan, Irsyad yang sebelum ini bergelar pemandu e-hailing dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Akuakultur di Universiti Putra Malaysia kini melangkah ke satu tapak lebih tinggi.

Anak jati Kedah itu kini mengendalikan segmen malam Kafe Suria di Suria Fm, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8 malam hingga 12 tengah malam, dengan gaya penyampaian santai dan reflektif.

“Menjadi penyampai radio adalah impian saya sejak kecil. Setiap hari semasa berulang-alik dari sekolah di Kulim ke rumah di Sungai Petani, saya akan dengar radio dalam kereta bersama keluarga.

“Dari situlah minat saya bermula. Saya tertarik dengan cara penyampai berinteraksi dengan pendengar. Alhamdulillah, hari ini impian itu menjadi kenyataan,” kata Irsyad.

Menggantikan slot Suria Cinta, segmen popular =yang dikendalikan oleh DJ Lin kini bersiaran pada hujung minggu, Sabtu dan Ahad bermula 8.00 malam hingga 1.00 pagi.

Dalam pada itu, menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, mereka yakin dengan kehadiran Irsyad sebagai bintang terkini di stesen terbabit.

“Dengan kehadiran Irsyad sebagai penyampai baharu, kami yakin beliau mampu membawa pendekatan yang lebih segar dan dekat dengan jiwa pendengar. Kafe Suria bukan hanya menghiburkan, malah mewujudkan suasana santai selepas penat bekerja dan membina komuniti pendengar yang aktif dan setia.

“Untuk peminat Suria Cinta pula, jangan bimbang kerana susunan lagu yang menjadi identiti malam Suria termasuk lagu-lagu jiwang dan nostalgia era 90-an akan terus diputarkan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 9 Aug 2022
Hiburan Thu, 10 Mar 2022

Produk Semakin Dikenali, Pengasas Noir Ini Tampil Sebagai Penaja Utama AJL 36!

Perjalanan untuk membina perniagaan bukannya mudah seperti yang disangka. Ia melibatkan perkara yang kita sukai. Dengan itu, kita akan sentiasa bermotivasi dan mahu melakukan yang terbaik dalam urusan bisnes sekali gus memberi impak positif dalam […]

Hiburan Mon, 7 Jan 2019

Bahang Kian Terasa, Jom Dapatkan Tiket Anugerah Juara Lagu 33 Disini!

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket AJL33 dan rasai kehangatan anugerah berprestij ini.

 

Hiburan Sun, 20 Oct 2019

Wanita Mengandung Tak Boleh Mandi Malam?

 Yang taknak mandi ni dah kenapa? Hobi eh suka bau-bauan kepam ?

Filem Thu, 4 Jun 2026

Memang Kelakar! 5 Bomoh Angkat Isu Kepercayaan Tahyul Dalam Balutan Komedi

Gabungan pelakon daripada pelbagai latar belakang memberikan warna tersendiri kepada filem 5 Bomoh menerusi pelbagai situasi lucu yang dijangka mencuit hati penonton.

Hiburan Wed, 30 May 2018

Sasqia – Saya Bukan Jahat!

Sasqia gembira terpilih menerajui drama bersiri 50 episod ‘Koko Coklat’ yang akan ditayangkan di TV3 dan tonton secara serentak kelak. Malah, Sasqia turut teruja dipilih menjayakan filem arahan Syafiq Yusof, ‘Misteri Dilaila’ selaku teraju utama

Hiburan Wed, 12 Dec 2018
Hiburan Thu, 26 Jun 2025
error: Content is protected !!