Euforia Bola 2026
Filem By: Padin June 4, 2026 @ 7:16pm

Memang Kelakar! 5 Bomoh Angkat Isu Kepercayaan Tahyul Dalam Balutan Komedi

Sejauh mana seseorang sanggup pergi demi memastikan impian menjadi kenyataan? Apabila segala usaha dirasakan tidak membuahkan hasil, masih ada segelintir yang memilih untuk bergantung kepada jalan pintas termasuk mendapatkan bantuan bomoh.

Fenomena yang sering berlaku dalam masyarakat itu menjadi inspirasi kepada filem komedi terbaharu, 5 Bomoh, yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 4 Jun 2026.

Diarahkan oleh Syed Fariz, filem terbitan Global Station Sdn Bhd ini bukan sekadar menghiburkan, malah menyelitkan kritikan sosial mengenai kecenderungan sesetengah individu yang terlalu bergantung kepada kepercayaan tahyul dalam mencari penyelesaian kepada masalah hidup.

Filem yang diedarkan oleh Skop Productions Sdn Bhd serta dipasarkan oleh Primeworks Studios dengan kerjasama Mask Team itu menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Aaron Aziz, Scha Alyahya, Khairy Jamaluddin, Ungku Hariz, Tiara Rose, Afdlin Shauki, Johan, Amy Search, Aedy Ashraf dan Ozlynn Waty.

Gabungan pelakon daripada pelbagai latar belakang memberikan warna tersendiri kepada naskhah tersebut menerusi pelbagai situasi lucu yang dijangka mencuit hati penonton.

5 Bomoh mengisahkan Rashdan lakonan Aaron Aziz, seorang ahli perniagaan yang terlalu mempercayai amalan tradisional dan petua turun-temurun sejak kecil.

Berbeza dengan isterinya, Sakinah yang dilakonkan Scha Alyahya, Rashdan lebih cenderung mencari penyelesaian melalui perkara yang dianggap luar biasa berbanding berpegang kepada pendidikan, sains dan doa.

Konflik bermula apabila anak perempuan mereka, Nisa, gagal memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kecewa kerana impiannya untuk melihat Nisa melanjutkan pengajian ke luar negara seakan-akan sukar dicapai, Rashdan mula mencari pelbagai alternatif bagi memastikan cita-cita tersebut menjadi kenyataan.

Atas cadangan pembantunya, Alam lakonan Ungku Hariz, Rashdan membawa keluarganya mengembara ke beberapa negeri untuk bertemu lima bomoh yang dikatakan mempunyai kebolehan luar biasa.

Namun, perjalanan tersebut tidak memberikan jawapan seperti yang diharapkan. Sebaliknya, mereka berdepan pelbagai penipuan yang mendedahkan bagaimana kepercayaan dan harapan manusia boleh dimanipulasi demi kepentingan pihak tertentu.

Menurut Syed Fariz, filem berkenaan cuba menyampaikan mesej yang dekat dengan realiti masyarakat menerusi pendekatan yang santai dan mudah diterima.

“Menerusi elemen komedi, kami mahu mengingatkan bahawa kejayaan tidak datang melalui jalan pintas. Kadang-kadang manusia terlalu mudah percaya kepada perkara yang menjanjikan hasil segera sehingga terlupa bahawa usaha, ilmu dan doa merupakan asas paling penting.

“Walaupun dipersembahkan dalam bentuk yang ringan dan menghiburkan, mesej yang ingin diketengahkan sebenarnya sangat dekat dengan kehidupan seharian,” katanya.

Selain menyentuh isu kepercayaan terhadap tahyul, 5 Bomoh turut mengupas tekanan ibu bapa terhadap anak-anak, hubungan kekeluargaan serta kecenderungan masyarakat mencari penyelesaian mudah ketika berhadapan cabaran hidup.

Dengan gabungan komedi, sindiran sosial dan mesej yang relevan, filem ini menawarkan pengalaman tontonan yang sesuai untuk seisi keluarga.

5 Bomoh kini ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 4 Jun 2026.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Peminat Lagu Bollywood, Nantikan Konsert Terunggul Shreya Ghoshal Di Malaysia 2020

Peminat filem dan lagu Bollywood tidak seharusnya melepaskan peluang ini!

Trending Wed, 19 May 2021

Bosan Tak Dapat Menziarah Syawal Ini? Jom Tengok Banyak Filem Best di tonton CINEMA!

Pada tahun ini, sekali lagi kita menyambut kedatangan Syawal dengan suasana norma baharu. Biarpun kemeriahan ziarah menziarah tidak dapat dirasakan, kehadiran Aidilfitri harus disambut dengan penuh kesyukuran dalam kesederhanaan! Bosan duduk di rumah dan tak […]

Hiburan Wed, 11 Feb 2026

“Saya Tak Buat Salah Pun Kena” – Amira Othman, Fattah Amin Tenang Hadapi Kecaman Netizen

“Saya tak buat apa-apa pun kena, ha bayangkan. Jadi itulah manusia,” kata Amira Othman.

Hiburan Sat, 5 May 2018

Sambut Ulang Tahun Ke 6, Awal Luah Rasa Kepada Isteri!

Tepat waktu ini, enam tahun yang lalu, saya telah berjanji menjaga, mencintai dan menyayangi dia, Sharifah Nor Azean dengan sepenuh jiwa raga. Sweet tau!

Featured Wed, 16 Jul 2025

“Satu Sen Duit Aku Yang Kau Hidangkan Untuk Anak Bini Makan, Aku Haramkan!”- Azizul Ammar Dedah Bukti Jadi Mangsa ‘Hutang’ Stesen TV

Ammar meluahkan rasa kecewa apabila dia juga menjadi mangsa ‘penipuan’ stesen televisyen sama.

error: Content is protected !!