Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 10, 2020 @ 4:42pm

Peminat Lagu Bollywood, Nantikan Konsert Terunggul Shreya Ghoshal Di Malaysia 2020

Penyanyi playback terkenal India, Shreya Goshal akan membuat kemunculan perdana dengan mengadakan persembahan beserta live band penuh bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 23 Februari 2020.

Shreya Ghoshal (36) telah merakamkan lagu-lagu untuk runut bunyi dan album dalam pelbagai bahasa India dan telah menjadikan dirinya sebagai penyanyi playback utama di industri filem India.  Selain itu, Shreya juga muncul sebagai juri di beberapa rancangan realiti televisyen. 

Sepanjang kerjayanya, beliau telah dicalonkan sebanyak 494 kali dan memenangi 150 anugerah, termasuk empat National Film Awards, empat Kerala State Film Awards, dua Tamil Nadu State Film Awards, tujuh Filmfare Awards – termasuk enam Penyanyi Playback Wanita Terbaik – dan sepuluh Filmfare Awards South.

Shreya Ghoshal membuat kemunculan pertama dalam nyanyian Bollywoodnya melalui filem drama romantik Bhansali, Devdas (2002) yang mana beliau telah menerima National Film Award  untuk Penyanyi Playback WanitaTerbaik.

Pernah mendapat pengiktirafan dari pihak Ohio di Amerika Syarikat, apabila Gabenor Ted Strickland mengisytiharkan 26 Jun sebagai “Hari Shreya Ghoshal”, dia juga mendapat penghormatan di London oleh ahli Dewan Rakyat yang terpilih di United Kingdom pada April 2013.

Penyanyi yang mempunyai 16.9 juta pengikut di Instagram itu tampil lima kali dalam senarai Forbes dari 100 selebriti terkemuka dari India dan menjadi penyanyi India pertama yang mempunyai patung lilinnya di Muzium Madame Tussauds pada tahun 2017.

“Saya sangat teruja untuk tampil di Malaysia buat kali pertama dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penaja iaitu Standard Chartered Malaysia. Saya merasakan bahawa ini adalah sebuah pengiktirafan yang tinggi dari sebuah bank global kerana ia menunjukkan betapa impak industri hiburan Bollywood telah dicapai di peringkat antarabangsa dan sejauh mana ia telah berlaku. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan semua peminat saya di Malaysia,” ujar Shreya Ghoshal mengenai kemunculan sulungnya yang akan datang di negara ini.

Konsert ini akan menampilkan lagu-lagu hits nyanyiannya iaitu Chikni Chameli (dari filem Agneepath), Dola Re Dola (fdari filem Devdas), Deewani Mastani (dari filem Bajirao Mastani), Teri Meri (dari filem  Bodyguard) dan banyak lagi.

Konsert “Shreya Ghoshal Live In Concert Malaysia 2020” dipersembahkan oleh Standard Chartered Malaysia dan dianjurkan oleh anjuran Hitman Solutions.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM150 (Bronze), RM250 (Silver), RM450 (Gold), RM600 (Platinum), RM1,000 (Diamond) dan RM1,500 (VIP). 

Tiket-tiket konsert telah mula dijual sejak 6 Januari 2020 melalui  www.myticket.asia.

Oleh FAS

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Dec 2021

“Respect To FORCEPARKBOIS From Johor Bahru” – Jay Park Remix Lagu Kumpulan Rapper Tempatan, Bawa FORCEPARKBOIS Ke Mata Dunia Menerusi LOTUS!

Penyanyi rap terkenal kelahiran Korea Selatan, Jay Park membuat penampilan baru di dalam muzik video lagu terbaru berjudul LOTUS di mana lagu ini merupakan sebuah remix lagu LOTUS yang dibawa oleh kumpulan rap Malaysia, FORCEPARKBOIS. […]

Hiburan Thu, 26 May 2022
Hiburan Tue, 25 Jul 2023

Nurin Afiqah Jawab Isu Telan 6 Biji Suplemen

Nurin Afiqah jawab isu telan enam biji suplemen.

Hiburan Sun, 4 Feb 2024
Featured Tue, 28 Mar 2023
Events Fri, 25 Oct 2019
error: Content is protected !!