Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 8, 2025 @ 4:36pm

“Saya Bekerja Sebab Perlukan Kawan” – Alami Depresi, Sajat Gagal Tahan Sebak Mengaku Terkesan Ditegur Anak Perempuan

Sudah menetap di Australia selama empat tahun, pempengaruh sensasi, Sajat Kamaruzzaman mengaku menyambut perayaan di negara orang seperti mimpi dan di luar jangakaannya.

Menerusi temu bual bersama podcast Soutudeen, Sajat memaklumkan, sepanjang berada di luar negara, pelbagai cabaran terpaksa dilaluinya termasuklah belajar bertutur dalam bahasa Inggeris dan kesukaran mencari pekerjaan.

“Saya tahu perkara ini bukan mudah, memandangkan saya bukannya belajar tinggi setakat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sahaja. Dan penggunaan bahasa Inggeris saya juga sangat low jadi saya belajar.

“Dan pertama sekali saya mendapat pekerjaan adalah sebagai pekerja biasa sahaja memandangkan saya tidak ada pengalaman bekerja. Sebab di sana mereka tak pandang siapa saya, yang mereka pandang adalah pengalaman bekerja di sana bukan pengalaman bekerja di Malaysia,” ulasnya.

@soutudeen Sajat pernah depression watch full video in yt. Link kt bio. @nursajat23 ♬ original sound – soutudeen

Dalam pada itu, Sajat juga mengaku inisiatif untuk mencari pekerjaan adalah disebabkan dia tidak mahu memikirkan masalah yang dihadapinya termasuklah terus menerus mengambil ubat depresi.

“Saya nak bekerja ni sebab saya bosan dengan diri saya. Saya tak ada kawan. Memang ramai orang yang nak berkawan tapi saya sangat memilih. Sebab tu sebelum saya bekerja saya duduk sahaja di rumah, tak ada buat apa-apa.. dan masa tu saya fikir kalau saya terus macam ni, saya akan jadi macam diri saya yang dulu.

“Masa itulah, saya fikir saya kena stop makan dan ambil pil depresi sebab kalau saya masih ambil lagi pil itu memang saya tak boleh move on.

“Benda itu (depresi pil) saya makan ketika saya mengalami masalah yang berlaku di Malaysia dan selepas itu berat badan saya pula bertambah sehingga 15 kilogram,” katanya.

Ketika disoal adakah dia cuba mendekatkan diri dengan Tuhan selepas kontroversi melanda kehidupannya, Sajat bagaimanapun memaklumkan dia banyak berdoa dan mengerjakan solat meminta petunjuk.

Bahkan, dia juga kelihatan gagal menahan sebak apabila berkongsi mengenai teguran yang diterima dari anak perempuannya mengenai perubahan sikapnya.

“Bagi saya, saya tahu Tuhan sentiasa ada dengan saya. Saya solat dan sentiasa berdoa. Cuma yang tak ada dengan saya adalah tenaga saya. Sebab orang yang selalu ceria dan selalu bagi motivasi sebelum ni tiba-tiba bertukar jadi orang yang pendiam. Dan masa tu, saya memang bergantung pada ubat.

“Dan apa yang buat saya sedar adalah, bila anak perempuan saya cakap dengan saya, kenapa saya dah lain? Masa tu tengah berbual dalam telefon. Dan, masa tu saya diam sahaja.

“Saya bekerja ni sebab saya perlukan kawan. Dekat Australia memang ada banyak aplikasi boleh berkenalan dengan orang lain tapi berkawan dengan rakan sekerja lain. Then, bila saya bekerja itu lain, bila saya bekerja masa tu lah saya berfikir untuk berhenti makan ubat depression.

“Dan pada masa itu juga orang yang bertanggung jawab pegang kes saya, cuba carikan saya kerja dan masukkan saya ke kelas-kelas retail untuk menjadikan saya lebih baik,” jelasnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Jan 2018

《小孩不笨》童星洪赐健要结婚啦!

新加坡演员洪赐健2002年以梁智强执导的电影《小孩不笨》系列和《跑吧!孩子》爆红;16年后的他,在IG宣布即将成为人夫,晒与女友的婚纱照,感性告白:“距离婚礼只有42天,但我已迫不及待地想和你度过一生。”

Featured Thu, 26 Mar 2020
Featured Fri, 12 Aug 2022

[VIDEO] Guna Visa Pelancongan, Individu Dakwa ’Pengkid’ Tunai Umrah Berihram! – “Kau Sebenarnya Berp*ssy”

Astarghfirullahalazim.. 😢 Tak takut ke persenda agama macam ni 😭 Speechless min!! 💔

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Jalan-Jalan Makan Angin Gabung Tiga Produksi, Pamer Tarikan Di Jepun

Kepada korang yang nak tahu tempat-tempat menarik di negara matahari terbit ni bolehlah tengok JJMA nanti ya!

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Wed, 20 Aug 2025

Anak Dharma Harun Sangkal Dakwaan Tumpang Nama Bapa Untuk Dapatkan Tawaran Lakonan

Syafiq tak tumpang nama bapa, Dharma Harun Al-Rashid.

Featured Sat, 18 Sep 2021
Trending Thu, 4 Oct 2018

‘Sebelum Tulis Pakai Otak’, Lelaki Kena ‘Sekolah’ Netizen Lepas Kecam Wira Bomba

Semua berhak memberi peluang kedua ..saya pon rasa bersalah sangat ni Insya Allah lepas ni saya akan berhati-hati ketika komen…Hurm, lepasni sebelum menulis, fikir banyak kali ya!

error: Content is protected !!