Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 26, 2025 @ 2:56pm

Kieran Kembali ke Konti, Bawa Misi Harapan dan Inspirasi di Kool 101

Penyampai radio berpengalaman, Maskiran Jakiran atau lebih dikenali sebagai Kieran, kini kembali menghangatkan corong radio menerusi segmen terbaharu Kieran on Kool 101.

Namun kali ini, kehadirannya bukan sekadar untuk menghibur, sebaliknya membawa misi lebih bermakna iaitu menyebarkan harapan, inspirasi dan kekuatan melalui kisah perjuangan hidup, khususnya sebagai seorang pejuang kanser.

Segmen ini bersiaran setiap Rabu, jam 10 pagi hingga 11 pagi dan mengetengahkan kisah benar yang menyentuh emosi, bukan hanya daripada Kieran sendiri, tetapi juga daripada para tetamu dan pendengar yang sudi berkongsi perjalanan hidup mereka.

Setiap episod membawa tema ketabahan, pemulihan dan harapan, menjadikannya lebih daripada sekadar hiburan serta menjadi ruang penyembuhan dan sokongan komuniti.

Menurut Kieran, penglibatannya kali ini lahir daripada rasa tanggungjawab untuk berkongsi serta mendengar kisah insan lain yang berjuang dalam kehidupan.

“Kembalinya saya ke radio bukan sekadar untuk melepaskan rindu ke udara selepas hampir 10 tahun… Saya ingin bersama pendengar Kool 101 berkongsi kisah hidup saya.

“Saya juga menjadi telinga yang mendengar cerita mereka. Kita bersama-sama mengharungi kepayahan hidup bersama-sama,” katanya.

Segmen Kieran on Kool 101 turut mengalu-alukan penyertaan pesakit, penjaga, pakar dan orang awam yang ingin menyumbang cerita atau mendapatkan sokongan.

Di sebalik penyampaian santai dan bersahaja, program ini memupuk rasa empati, kasih sayang dan pemahaman terhadap perjuangan sesama manusia.

Ketua Kandungan Kool 101, Ainul Farhana menyifatkan kehadiran Kieran bukan sahaja menyegarkan konti, malah memperluas peranan radio sebagai wadah perjuangan dan harapan.

“Kehadiran Kieran bukan sahaja menyegarkan konti Kool 101, malah memberi dimensi baharu kepada radio sebagai ruang untuk perjuangan dan harapan.

“Kami percaya suara Kieran akan memberi kekuatan bukan sahaja kepada pesakit kanser, tetapi kepada semua yang sedang bertarung dengan hidup,” jelasnya.

Inisiatif ini selaras dengan komitmen Kool 101 dalam menyampaikan kandungan sosial yang relevan dan menyentuh hati rakyat.

Stesen ini yang boleh didengari di seluruh negara melalui pelbagai frekuensi serta platform digital, terus menjadi pilihan pendengar yang dahagakan inspirasi, informasi dan hiburan yang bermakna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Nov 2023

Individu Dakwa Bubblebee Tak Carum KWSP Pekerja & Lambat Bayar Gaji? – “Majikan Bermewah-Mewahan Tapi Pekerja Tercungap-Cungap”

Allahu betul ke ni? Kesian para pekerja tu 😔 Harap pihak Bubblebee boleh beri penjelasan..

Hiburan Thu, 4 Jul 2024
Featured Fri, 14 Mar 2025

Aliff Syukri Diarah Bela Diri Atas 4 Pertuduhan Muat Naik Video Sumbang

Hakim berkata, video yang dimuat naik itu bersifat tidak sopan apatah lagi ia dibuat pada bulan Ramadan.

Featured Fri, 13 Dec 2024

Elak Kesihatan Mental Terjejas, Nora Ariffin Jumpa Psikiatri Sejak 6 Bulan Lalu

Nora dan anak-anak menjalani sesi terapi tersebut sejak enam bulan lalu dan menunjukkan hasil yang positif.

Hiburan Sat, 2 Mar 2019

Sambut Ulang Tahun Ke 25, Justin Bieber Dihujani Ucapan Istimewa

Happy Birthday Justin Bieber, rindu nak dengar lagu baru dia kan!

Hiburan Thu, 1 Jan 2026

Cancel Culture Tanpa Belas, ‘IDOL I’ Dedah Realiti Gelap Dunia K-Pop… Strim Di Tonton Sekarang!

IDOL I bongkar sisi gelap dunia K-pop bila seorang idola tiba-tiba jadi suspek pembunuhan dan cancel culture menghukum lebih cepat daripada keadilan.

Hiburan Wed, 6 Feb 2019

‘Istiqamah Dalam Tudung Bukan Perkara Mudah’- Emma Maembong Mengaku Sudah Tidak Bertudung

Pelakon ini menerima kritikan dengan hati terbuka & mengaku kekhilafan diri…

Hiburan Sat, 7 Mar 2026
error: Content is protected !!