Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 14, 2025 @ 3:20pm

Aliff Syukri Diarah Bela Diri Atas 4 Pertuduhan Muat Naik Video Sumbang

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini untuk membela diri atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang dengan niat menyinggung perasaan orang lain, tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Ahmad Fuad Othman selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Ahmad Fuad berkata, video yang dimuat naik itu bersifat tidak sopan apatah lagi ia dibuat pada bulan Ramadan.

“Makan di tempat terbuka pada bulan puasa dianggap tidak sopan, apatah lagi memuat naik video dengan aksi menari secara berlebihan serta berpakaian seperti wanita, tetap tidak sopan,” katanya.

Susulan keputusan tesebut, Aliff Syukri  sedia untuk membela diri pada tarikh yang telah ditetapkan, iaitu pada 19 Mei depan.

Terdahulu, pada 13 Oktober 2022, Aliff Syukri, 38, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang melalui akaun Instagram miliknya dengan niat menyinggung perasaan orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 13, 15, 17, dan 21 April 2022 serta telah dilihat di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya pada 24 April 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, pesalah juga boleh dikenakan denda tambahan sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Sebelum ini, video muzik lagu raya nyanyian Aliff Syukri berdurasi lebih lima minit itu menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan warganet terutamanya, apabila melibatkan gaya tarian yang agak keterlaluan oleh penari lelaki lembut.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Oct 2022

Impian Syamel & Ernie Zakri Tercapai Di Konsert Aku Cinta

Konsert Aku Cinta Syamel Ernie memang terbaik

Featured Tue, 22 Mar 2022

Didakwa Tiada Rasa Empati, Netizen Berang Dr. Sheikh Muszaphar Beri Tips Pujuk Isteri Tambah Anak

Ada segelintir netizen yang terkesan sehingga berkata Dr. Sheikh Muszaphar tidak pernah rasa sakit bersalin.. Apa kes ni?

Hiburan Mon, 30 Oct 2023
Trending Thu, 7 Nov 2019

Kakak Kurus-Kering Dipercayai Berlapar Semata-Mata Nak Simpan Duit Rawat Adik

Sayangnya dia pada adiknya.. Sanggup menahan lapar agar dapat merawat sakit adiknya

error: Content is protected !!