Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 9, 2025 @ 11:57am

Video ‘Rehearsal’ Umum Majlis Nikah Tular, Netizen Puji Fattah Amin, Amira Othman Pasangan Positif – “Di Bibir Tak Lekang Percaya Aturan Allah”

Pelakon, Fattah Amin menggegarkan industri hiburan selepas memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Amira Othman pada Ahad ini.

Sebuah video tular di platform TikTok memaparkan pasangan sejoli itu sedang membuat ‘rehearsal’ untuk memaklumkan berita gembira tersebut ketika di majlis pelancaran lagu duet baharu Amira bersama adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.

Menerusi video tersebut, Fattah atau nama lengkapnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 35, kelihatan teruja disamping Amira yang tidak asing lagi seorang wanita sopan dan lemah lembut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan pasangan bakal raja sehari itu sepadan, selain menganggap Fattah dan Amira sebagai pasangan yang tenang, positif dan saling mengingati ajaran agama Islam.

@liami_2

Alah comel jer rehearsal nak announce tarikh kawen.. akhirnya terunkai jugak..penat tau nak simpan rahsia ni selama sebulan lebih walaupun ramai dah tahu.. #fattmira #amiraothman #fattahamin cr: ig en.faqrul

♬ original sound – ian – ian

Ternyata, berita pengumuman majlis pernikahan mereka itu disambut baik oleh netizen yang seakan merestui hubungan cinta Fattah dan Amira.

Majlis ijab dan kabul Fattah dan Amira bakal bersiaran secara langsung di Unifi TV secara percuma pada 14 September 2025.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Spekulasi Terjawab, Fattah Amin Umum Majlis Ijab Kabul Bersama Amira Othman Ahad Ini! – “Selepas ini Kami Rakan Serumah”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Mar 2023

Elak Diri Pergi Tempat Berisiko, Anna Jobling Guna Khidmat Pegawai Peribadi?

Zaman sekarang ni memang kena xtra careful lebih-lebih lagi public figure

Featured Mon, 11 Aug 2025
Featured Wed, 11 Mar 2020

Yuna dan Jlo bertemu dalam kempen ‘Originals Go Their Own Way’

Yuna satu-satunya bintang Asia yang dipilih

Trending Wed, 17 Jun 2020
Featured Fri, 19 Feb 2021

Pengasas Aplikasi Sugarbook Direman 7 Hari

Masih dalam siasatan pihak polis

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Buka Tirai Album Kedua, Aina Abdul Lancar Single Pop Jazz ‘Berjauh-an’… Jalin Kerjasama Dengan Penerbit Indonesia

Lagu Berjauh-an dipilih oleh Aina Abdul sebagai single utama untuk album kedua yang dijangka menemui peminat tahun ini.

Featured Wed, 24 Sep 2025
Hiburan Fri, 19 Jan 2018

IS THERE A POSSIBLE COLLABORATION BETWEEN BTS & MAROON 5?

Maroon 5 has been dropping hints! This might be ARMYs’ dream come true as two great artists possibly come together as one!

Hiburan Fri, 13 Oct 2023
Hiburan Mon, 30 Oct 2023
error: Content is protected !!