Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd February 19, 2021 @ 3:54pm

Pengasas Aplikasi Sugarbook Direman 7 Hari

Setelah aplikasi Sugarbook yang merupakan laman web berjanji disekat oleh pihak kerajaan berikutan dakwaan laman itu digunakan sebagai platform mencari perempuan simpanan.

Terbaru, pengasas aplikasi itu kini direman tujuh hari di Mahkamah Tinggi di Shah Alam bagi membantu siasatan dakwaan tersebut.

Tempoh reman itu bermula semalam sehingga 24 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Perintah reman itu dikeluarkan Hakim Datuk Noorin Badaruddin selepas menyemak semula permohonan reman oleh pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Lelaki berusia 34 tahun yang berasal dari Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan pada 4.30 petang kelmarin di ibu negara.

Terdahulu, aplikasi Sugarbook menjadi perbincangan hangat di laman netizen apabila sebuah kajian menyenaraikan Malaysia antara negara ketiga Asia yang melanggan perkhidmatan “Sugar Daddy”.

Kredit foto: Shahir Omar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 May 2024
Featured Thu, 25 Feb 2021
Featured Wed, 12 Dec 2018
Hiburan Mon, 11 Aug 2025
Hiburan Wed, 27 Dec 2023

Didakwa Tiru Zizan Razak & Shaheizy Sam? Ini Respons Wanns Ahmad – “Saya Bawa Identiti Saya Sendiri”

Tak baik tau cakap macam tu… Wanns Ahmad bawa identiti dia yang sebenar lah!

Featured Thu, 23 Feb 2023

Tular Foto Merisik, Zara Zya Pilih Kunci Mulut – “Belum Waktunya Lagi”

Betul ke netizen kata Datuk Alha Alfa yang merisik tu? 🤔

Hiburan Mon, 15 May 2023

[VIDEO] Chan Yeol Terkejut Munabella Boleh Bertutur Bahasa Korea

sekarang ni semua pandai cakap bahasa korea pengaruh kdrama kuat sangat

error: Content is protected !!