Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 16, 2024 @ 1:17pm

Rita Sosilawati Gagal Tahan Sebak Imbau Kematian Tragis Arwah Ibu – “Bila Raya Kami Tak Happy Macam Orang Lain”

Anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Rita Sosilawati gagal menahan sebak ketika berkongsi pengalamannya mengenang semula kisah kematian tragis arwah ibunya.

Menerusi temu bual bersama Kool 101 yang di hoskan oleh Datuk Aznil, Haiza dan Muaz, pemilik nama Erni Dekrita Yuliana berkata, setiap kali menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri, semuanya berubah terutamanya tanpa kehadiran ibu tercinta.

“Setiap kali masuk Ramadan atau Raya, kami adik beradik tak happy macam orang lain. Orang lain ada mak dia… Bila saya tengok,  of course saya sedih. Lebih lagi bila tak ada pusara,” katanya.

Lebih menyedihkan, Rita memaklumkan bahawa ibunya tidak memiliki pusara sepertimana kebiasaannya dek kerana tiada jasad yang ditemui ketika kejadian ngeri itu berlaku.

“Kami (adik-beradik) tak buat pusara sebab tak ada jasad. Bagi saya tak guna pun, bagi saya doa je yang penting.

“Doa anak tiada hijab buat ibu mereka,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kool101my (@kool101my)

Meskipun kematian tragis ibunya berlaku 14 tahun yang lalu, Rita bagaimanapun masih terkesan apabila mendengar mengenai kes kematian yang berlaku sejak kebelakangan ini apatah lagi jika melibatkan keluarga terdekat seperti ibu atau ayah.

“Bila melibatkan ibu bapa, saya rasa bukan saya sahaja tak boleh semua orang pun begitu.

“Jadi bila saya saya dengar tentang berita seperti itu saya akan berdoa ‘Ya Allah berilah kekuatan kepada waris mangsa sebab saya tahu macam mana perasaan itu,” ulasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kool101my (@kool101my)

Sekadar info, pada 30 Ogos 2010, Sosilawati bersama tiga lagi individu dibunuh dengan kejam dan dibakar di sebuah ladang serta abu mereka dibuang ke dalam sungai berhampiran.

Namun, pada 8 Oktober lalu, Mahkamah Persekutuan menetapkan pembunuh usahawan kosmetik itu kekal menerima hukuman mati.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 9 Dec 2018

#AnggunLife : Ika Nabella Seronok Jadi Tokey Sambal

Setakat ini Ika sudah hasilkan tiga jenis sambal iaitu sambal Hitam, Merah dan Hijau. Tahniah Ika!

Events Mon, 25 Feb 2019

Kenapa dengan persembahan beremosi Bradley Cooper dan Lady Gaga di Anugerah Oscars?

Persembahan hebat mereka  bukan sahaja menyentuh emosi tetamu malah turut mendapat standing ovation daripada tetamu yang hadir dalam dewan tersebut,  persembahan mereka kini trending di laman Twitter dan dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen.

Featured Wed, 17 Aug 2022
Hiburan Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Mon, 21 Aug 2023

Azhar Sulaiman Buat Tawaran Nak Jual Nombor Plat MAF14, Harga Bidaan Bermula RM1.85 Juta

Fuhh cantik no tu.. Sesiapa yang berminat boleh terus lock!

Hiburan Thu, 28 Mar 2019

Janna Nick Mendapat Perhatian Netizen Hanya Kerana ‘Posing’

Janna mungkin perlu lebih berwaspada sebelum memuat naik gambar di media sosial.

error: Content is protected !!