Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 13, 2024 @ 5:10pm

Elak Kesihatan Mental Terjejas, Nora Ariffin Jumpa Psikiatri Sejak 6 Bulan Lalu

Penyanyi Datuk Nora Ariffin mendedahkan dia menjalani sesi terapi bersama pakar psikiatiri bagi memastikan kestabilan kesihatan mentalnya.

Kata Nora, dia dan anak-anak menjalani sesi terapi tersebut sejak enam bulan lalu dan menunjukkan hasil yang positif.

“Secara jujur kalau tanya bagaimana saya stabilkan fikiran selepas melalui banyak perkara termasuk pemergian ibu baru-baru ini, saya sebenarnya bertemu dengan pakar psikiatri sejak enam bulan lalu.

“Bukan saya sorang tetapi bersama anak-anak.

“Dalam menempuh kehidupan memang banyak dugaan. Membesarkan anak-anak juga adalah cabaran.

“Saya melakukan ini untuk kesihatan mental supaya tidak terjejas. Memang nampak perkembangan yang baik kepada kami anak beranak,” katanya kepada pemberita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Mengulas lanjut, Nora berkata, dia mahu menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya memandangkan hidup sekarang ini amat ‘keras’.

“Saya bukan seorang ibu yang sempurna tetapi kalau boleh mahu jadi terbaik untuk anak-anak.

“Jadi, saya tak mahu semua kesalahan dan masalah sendiri beri kesan negatif pada mereka.

“Membesarkan anak tanpa ayah kandung sangat mencabar terutamanya anak perempuan remaja.

“Hidup sekarang memang ‘keras’ tetapi perlu hadapi juga,” jelasnya.

Terdahulu, pada 19 November lalu, pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu telah kehilangan ibunya yang tercinta, Wan Azizah Wan Ismail.

Dan, sejak beberapa bulan lalu, Nora juga tidak terlepas dari terpalit kontroversi ‘panas’ membabitkan suami dan anak tirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin Kongsi Foto Pertemuan Dengan Peguam – “Niat Untuk Burukkan Nama Baik Seseorang Adalah Perkara Serius”

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Tiri Nora Ariffin Meruntun Jiwa, Kongsi Gambar Ibu Bapa – “Yang Dah Kahwin Berpuluh Tahun Ni Tak Ada Tayang Menayang”

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin Syukur Kembali Jadi Isteri Sah Dr Rushdi -” Kami Rujuk Secara Rasmi Di Mahkamah”

ARTIKEL BERKAITAN:Kesal Digelar S*ndal, Anak Tiri Pula Dakwa Ada Pelbagai Bukti ‘Perbuatan’ Nora Ariffin? – “Banyak Kali Dia Try Hard Nak Burukkan Keluarga Aku”

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Apr 2020

Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April

Fasa tiga bermula 15 April 2020

Hiburan Sat, 14 Jan 2023

Bakal Akhiri Zaman Bujang, Afifah Nasir Selesa Tidak Dedahkan Kekasih

Pelakon Afifah Nasir tampil membuat pendedahan dirinya bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi. Menurut Afifah, setakat ini dia masih belum mempunyai sebarang tarikh yang tetap untuk melangsungkan perkahwinan tersebut kerana kesibukan bekerja. “Itu saya […]

Featured Wed, 21 Jul 2021

“Tak Emosi Macam Caprice..”- Dakwa Dedah Cerita Sebenar, Cara Nadir Al Nuri Tegur Ustaz Ebit Lew Dipuji Netizen

Isu antara penyanyi rap, Caprice dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew masih lagi menjadi tanda tanya dan persoalan ramai di media sosial. Baru- baru ini, Caprice telah tampil membuat permohonan maaf terhadap Ustaz Ebit Lew […]

Hiburan Mon, 12 Aug 2019

Dakwaan Pinjam Duit…Ini Komen ‘Ibu’!

Ish siapa punya kerja lah ni!

Featured Mon, 17 Apr 2023
Hiburan Wed, 11 Oct 2023

Ben Ladin, Shiha Zikir Bergabung dalam ‘Angan’

Gabungan yang mantap! Lirik pun mendalam. Love❤️❤️❤️

Featured Mon, 20 Mar 2023
error: Content is protected !!