Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 2, 2024 @ 2:49pm

Kali Pertama Melly Goeslaw Sarung Baju Designer Malaysia, Busana Penuh Mutiara & Manik Bernilai RM130,000 Rekaan Ezuwan Ismail Memang Mega!

Pereka fesyen ternama, Ezuwan Ismail, 42, berkongsi rasa teruja dapat menghasilkan busana figura seni popular Indonesia, Melly Goeslaw yang disarungkan bersempena Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends: Malam Graduasi di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Kali pertama Melly menyarungkan busana pereka fesyen Malaysia, Ezuwan bersyukur atas kerjasama yang terjalin dan mereka busana eksklusif penuh manik dan mutiara yang dijahit tangan atas fabrik denim.

“Sebelum ini, Melly sudah melihat busana rekaan saya yang dipakai oleh penyanyi Aina Abdul dalam sebuah majlis anugerah pada Februari lalu.

“Secara kebetulan, waktu itu Melly ditata rias oleh jurusolek popular, Epie Termerloh. Lalu, Epie bertanya sama ada dia berminat untuk cuba guna khidmat pereka tempatan sekiranya membuat persembahan di Malaysia.

“Melly melihat koleksi busana yang saya hasilkan di media sosial dan sehari selepas itu, kami berjumpa untuk berbincang. Saya terkejut besar apabila dia beritahu berminat nak menggayakan busana saya untuk konsert nanti.

“Sejujurnya, saya rasakan ini sebagai satu penghormatan bila dia terus nak pakai baju pereka tempatan kita dalam satu persembahan berskala besar seperti konsert yang diadakan di Axiata Arena,” kata Ezuwan.

Tambah pereka fesyen yang dikenali dengan nama Tukang Jahit Termahir Malaysia ini, dia sangat teruja namun pada masa yang sama, Ezuwan turut gemuruh.

“Saya sangat excited, tapi pastinya pada masa yang sama, saya rasa gugup. Siapa tak gementar kan… Figura besar seperti Melly mahu menggayakan busana saya, lagi-lagi sebelum ini dia tidak pernah menggayakan baju rekaan pereka fesyen Malaysia.

“Bukan senang nak dapat kepercayaan Melly. Saya rasa bersyukur kerana ia bagai impian jadi kenyataan dan saya berusaha sehabis baik untuk mencipta busana ini,” katanya.

Menyesuaikan rekaan busana dengan karakter dan penampilan Melly, Ezuwan mendedahkan baju yang dihasilkan merupakan rekaan termahal yang pernah dihasilkan untuk selebriti setakat ini.

“Saya memilih fabrik jenis denim untuk melambangkan karakter dan personaliti Melly. Tidak cukup dengan itu, saya memilih untuk mengindahkan busana itu dengan manik dan mutiara pelbagai saiz, saya mahu dua elemen itu mendominasi rekaan saya memandangkan perincian serta jahitan yang kemas adalah ‘signature’ Ezuwan Ismail.

“Busana ini dijahit dengan tangan dan terdapat 70,000 manik dan mutiara telah digunakan yang makan masa sekitar tiga minggu untuk disiapkan. Kalau dijual di pasaran, harganya sekitar RM130,000 dan mutiara pelbagai saiz itu juga telah dibeli dari luar negara.

“Syukur Alhamdulillajh, Melly gembira dengan busana yang saya hasilkan dan tidak minta sebarang perubahan dilakukan pada mana-mana bahagian baju bila sesi ‘fitting’ dilakukan.

“Satu penghormatan juga bila Melly menyarung ia pada penutup konsert semalam yang kita tahu lagu-lagu popularnya telah dipersembahkan pada segmen itu.

“Malah, sudah semestinya jangkaan orang luar juga tinggi untuk lihat apa lagi yang boleh Ezuwan Ismail hasilkan sebab sebelum ini saya sudah mereka persalinan ikonik untuk konsert besar Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aina Abdul dan Ziana Zain,” katanya lagi.

Bersyukur atas pelbagai maklum balas positif yang diterima, Ezuwan menganggap ini sebagai rezeki dan momen manis ini menjadi pembakar semangat untuk Ezuwan terus mencipta sukses selepas ini serta mahu mengembangkan bisnes fesyen di negara jiran.

Kredit foto: Bangsawan Pictures

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Oct 2023

Emosi Misha Omar Terkesan, Hati Robek Atas Nasib Menimpa Palestin… – “Tak Boleh Tidur, Hampir Deactivate Akaun”

‘Peluk anak rasa dia lain, sukar nak digambarkan dengan kata-kata’ – Misha Omar 😢

Hiburan Fri, 10 Mar 2023
Featured Sat, 11 Mar 2023
Hiburan Sat, 9 Nov 2024
Featured Mon, 19 Sep 2022

“Pakai Rompers Ke Tu?” – Fesyen Nora Danish Dikritik, Netizen Dakwa Sengaja Nak Bukti Badan Kurus?

Nampak macam rompers tapi tolak tepi, yang penting style kot 😂😜

Hiburan Mon, 13 Dec 2021

“Sebelum Nak Upload Sesuatu, Saya Akan Fikir Banyak Kali” – Aliff Iskandar Enggan Popular Kerana Kontroversi

Penyanyi dan komposer muda, Aliff Iskandar, 21, enggan menempa populariti dengan mencipta sebarang kontroversi. Tersenarai sebagai calon akhir kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH 34 yang berlangsung baru-baru ini, Aliff lebih selesa […]

Kisah Viral Fri, 28 Mar 2025

Anes Ayunie Beli 15 Kilogram Emas, Dikecam Netizen Kerana Didakwa Menunjuk

Anes Ayunie didakwa mahu menunjuk selepas berkongsi video membeli emas sebanyak 15 kilogram.

error: Content is protected !!