Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 10, 2023 @ 12:19pm

Seronok Layan Kanak-Kanak Ketika Umrah, Sikap Penyayang Pak Nil Dipuji

Pengacara terkenal Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil tampil meraih perhatian dalam kalangan pengikutnya selepas berkongsi momen ketika menjalani ibadah umrah, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Pak Nil telah memuat naik videonya yang sedang melayani kerenah kanak-kanak ketika berada di dalam keretapi menuju ke Madinah.

“Dua jam dalam train dari Mekah ke Madinah tidak membosankan,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, jemaah yang dikenali sebagai Bismie Amer turut menyifatkan sifat kasih sayang pengacara itu terhadap kanak-kanak tiada berbelah bagi.

“Kau tengok itulah dia Pak Nil kan dengan budak memang dia takkan lepas. Tengok, dia nampak ada budak kat tepi sana tu dengan coklat apa yang ada dalam beg dia semua dia keluarkan bagi kat budak-budak tu.

“Apa lagi yang ada dalam beg tu keluarkan. Makanan apa je yang ada dalam beg dia tu dia bagi kat budak-budak,” katanya.

@datukaznilnawawi Dua jam dlm train dari mekah ke Madinah tidak membosan kan 🤣🤣 Video dari tiktok @Bismie Amer ♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya kagum dengan sikap penyayang Pak Nil.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 12 Apr 2025
Trending Hari Ini Sat, 13 Jun 2020
Featured Fri, 14 Feb 2025
Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Patutlah Cantik, Tya Ariffin Kongsi Rahsia!

Perempuan berusia 16 tahun ke atas boleh mengamalkan produk jamu MuTyara, bukan untuk orang tua saja ya. Bagi wanita berkahwin, minumlah jamu untuk menghargai diri dan orang tersayang. Ia penting untuk penjagaan dalaman.

Featured Fri, 29 Sep 2023
Featured Wed, 22 Jan 2025

Gagal Tahan Sebak, Tracie Sinidol Kongsi ‘Struggle’ Jadi Anak Perantau… Terkilan Terima Berita Kematian Insan Tersayang

Lebih menyedihkan, pada ketika itu dia terlibat dengan penggambaran sebuah drama.

error: Content is protected !!