Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 14, 2025 @ 4:56pm

Tampil Gabungan Unik Hip Hop & Reggae… Luca Sicta, Kmy Kmo & Salammusik Berpadu Suara Dalam Single Terbaharu ‘Kemana Ni’

Industri hip hop tempatan kembali meriah dengan pelancaran single terbaru berjudul, ‘Kemana Ni’ hasil kolaborasi antara tiga nama besar dalam dunia muzik Malaysia iaitu, Luca Sickta, Kmy Kmo, dan Salammusik.

Dilancarkan secara rasmi oleh Sony Music Malaysia, lagu ‘Kemana Ini’ menawarkan gabungan unik antara hip hop dan reggae.

Selain menyampaikan pesan introspektif tentang arah kehidupan di tengah dunia moden yang penuh dengan cabaran.

Bermula Dari Sebuah Perjalanan & Persahabatan

Single ‘Kemana Ni’ bukan sekadar sebuah kolaborasi antara tiga nama besar ini tetapi merupakan perjalanan yang bermula pada tahun 2018.

Idea lagu ini tercetus selepas kejayaan lagu “Gong Nekara” pada tahun yang sama, di mana Kmy Kmo tertarik untuk mencipta karya yang menggambarkan perjalanan hidup manusia dalam mencari tujuan dan makna.

Menurut Luca Sickta, projek ini telah lama ddirancangkan dan akhirnya dapat direalisasikan setelah melalui pelbagai fasa penciptaan.

“Salammusik adalah artis pertama yang kami dekati untuk projek ini, dan dia merupakan yang pertama menyambut baik idea ini. Dia menunggu dengan sabar sejak 2018, dan akhirnya lagu ini dapat dikongsi dengan dunia,” katanya.

Bagi Salammusik pula,  pengalaman dalam penghasilan lagu ini sangat istimewa memandangkan proses ini dilakukan secara jarak jauh.

“Luca menghubungi saya ketika saya berada di Amsterdam dan berkongsi lakaran awal lagu ini, lagu ini sekaligus menarik perhatian saya.

“Walaupun banyak rakaman dan penulisan dilakukan dari jauh, semangat lagu ini tetap terasa,” tambahnya ketik aditemui usai majlis pelancaran single yang diadakan di L Space Event, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebuah Karya Yang Membawa Pesan Hidup

Di sebalik melodi yangbertenaga, deep dan alunan yang lebih santai, single ini  membawa persoalan mendalam tentang arah hidupseseorang.

Tambah  Kmy Kmo, ia menggambarkan perasaan seseorang yang baru melangkah ke alam kedewasaan dan perlu membuat keputusan penting dalam hidup.

“Hidup sebenar bermula ketika kita keluar dari zon selesa. Saat itu, kita akan diuji untuk mencari arah dan membina kehidupan kita sendiri,” jelasnya.

Manakala, Salammusik pula menyifatkan lagu ini sebagai peringatan bahawa kegagalan bukanlah penamat, tetapi sebahagian daripada proses menuju kejayaan.

“Keberanian harus disertai dengan pengetahuan dan persiapan yang matang. Kita perlu berani jatuh dan bangkit kembali,” ujarnya.

Gabungan Hip Hop & Reggae Yang Menari

Dari segi muzik pula, single ‘Kemana Ni’  membawa kelainan dalam industri muzik tempatan apabila menggabungkan dua genre yang memiliki jiwa masing-masing iaitu, hip hop dan reggae.

Sebagai produser dan komposer, Luca Sickta juga bertanggungjawab memastikan setiap elemen dalam lagu ini disusun dengan cermat.

“Saya dan Kmy sudah banyak bekerjasama dalam projek-projek sebelumnya, jadi kami sangat serasi. Kehadiran Salammusik memberikan warna tersendiri dengan gaya reggae yang menjadi identitinya,” tambahnya.

Harapan & Impian Untuk “Kemana Ni”

Ketiak ditanya mengenai harapan untuk single kali ini, Luca Sickta, Kmy Kmo, dan Salammusik berharap agar setiap karya muzik yang hebat lahir dengan harapan untuk menyentuh hati pendengar.

“Kami ingin lagu ini menjadi pembakar semangat, terutama pada pagi hari sebelum memulai aktiviti atau sesuatu yang memberikan motivasi kepada pendengar,” kongsinya.

Sekadar info, single ‘Kemana Ni’ kini boleh didengari di semua platform penstriman utama seperti Spotify, Joox, Apple Music dan YouTube Music. Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 17 Jan 2019

Betul ke yang dalam kelab itu juara Dewi Remaja? Baru saja menang dah buat hal!

Netizen gesa tarik gelaran juara jika Haneesya didapati terbabit di dalam pesta arak.

Featured Fri, 7 Jul 2023

“Tidak Mahu Kedengaran Seperti Ustaz, Tapi Saya Berusaha Utamakan Solat” – Alif Satar

MasyaAlla, moga kita juga tergolong dalam golongan orang yang menjaga solat💖

Featured Thu, 11 Feb 2021
Hiburan Wed, 15 Apr 2026

WOWSHOP Sambut Ulang Tahun Ke-10, Kempen ‘WOW 10 You’ Tawar Ganjaran Lumayan

Bagi menghargai sokongan pelanggan, WOWSHOP melancarkan kempen ulang tahun ke-10 bertemakan WOW 10 You.

Trending Sun, 22 Jul 2018

Haruan Makan Anak, Budak Empat Tahun Dijadikan Pemuas Nafsu Bapa Sendiri!

Ajar si kecil anda dan terangkan bahagian private part yang tak boleh disentuh. Untuk para isteri di luar sana, sayangkan suami janganlah sampai kalau dia rogol anak sendiri, anda masih mahu mempertahankannya. Ada akan fikiran, sila gunakan! Ish geramnya.

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

Kenangan Raya Zaman Kecil Jadi Inspirasi Lagu Raya Pertama Zazzleen Zulkafli Berjudul ‘Raya Datang Lagi’

Zazzleen Zulkafli tampil dengan lagu raya berjudul Raya Datang Lagi yang diinspirasikan daripada kenangan manis sambutan Aidilfitri ketika zaman kanak-kanaknya.

Featured Fri, 28 Mar 2025
error: Content is protected !!