Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 16, 2026 @ 4:20pm

Kenangan Raya Zaman Kecil Jadi Inspirasi Lagu Raya Pertama Zazzleen Zulkafli Berjudul ‘Raya Datang Lagi’

Penyanyi Zazzleen Zulkafli tampil dengan lagu raya berjudul Raya Datang Lagi yang diinspirasikan daripada kenangan manis sambutan Aidilfitri ketika zaman kanak-kanaknya.

Dicipta sepenuhnya oleh Zazzleen, finalis One in A Million ini bekerjasama dengan Fedtri Yahya yang turut menulis lirik untuk Raya Datang Lagi.

Menurut Zazzleen, memori paling diingati setiap kali tiba musim perayaan ialah apabila seluruh keluarga dan saudara mara berkumpul sebelum bergerak bersama menziarahi rumah sanak saudara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zazzleen Zulkafli (@zazzleenzulkafli)

“Lagu Raya Datang Lagi datang daripada kenangan masa kecil saya. Setiap kali Raya, keluarga dan saudara mara akan bergerak bersama pergi beraya dari satu rumah ke satu rumah. Suasana memang sangat meriah dan menyeronokkan,” katanya.

Tambah Zazzleen, antara kenangan yang paling meninggalkan kesan adalah apabila arwah bapanya, pelakon legenda Datuk Zulkifli Zain pernah menganjurkan majlis rumah terbuka di kampung halaman mereka di Kedah.

“Arwah ayah pernah buat open house Raya di kampung kami di Kedah untuk bertemu kawan kawannya. Ramai yang datang termasuk rakan lama di kampung dan juga beberapa kenalan dari kalangan artis. Memang meriah sangat masa itu. Bila teringat kembali semua kenangan itu, rasa rindu pula,” katanya.

Zazzleen berkata, daripada memori itulah lahirnya idea untuk menghasilkan lagu Raya Datang Lagi, yang menggambarkan perasaan teruja menanti kedatangan Aidilfitri.

“Tajuk Raya Datang Lagi itu sendiri memberi gambaran rasa tidak sabar menunggu Raya kerana kita dapat bertemu saudara mara dan berkumpul bersama keluarga.

“Rentak lagu ini juga rancak dan ceria, memang lagu yang membawa suasana gembira Aidilfitri,” katanya.

Lebih bermakna, lagu tersebut turut dilancarkan pada 10 Mac yang juga merupakan tarikh ulang tahun kelahirannya, manakala muzik video lagu berkenaan turut dirakam pada hari yang sama.

Zazzleen turut merakamkan penghargaan kepada Mr Prakesh dari Alternate Record Talents yang membantu menguruskan penerbitan lagu raya tersebut dari awal hingga siap.

Berkongsi pengalaman merakam lagu berkenaan, Zazzleen menyifatkan proses rakaman berjalan dengan baik walaupun dia perlu membahagikan masa antara rakaman lagu dan penggambaran drama.

“Pengalaman rakaman memang manis, cuma ketika itu saya agak penat kerana perlu bahagi masa antara rakaman lagu dan shooting drama. Jadi memang kurang rehat sedikit.

“Producer saya, Johan John, sempat menegur kerana nampak saya agak letih ketika rakaman. Namun dengan nasihat dan bantuan daripadanya, semuanya akhirnya dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Tambah Zazzleen, Raya Datang Lagi juga merupakan lagu raya pertamanya sepanjang bergelar penyanyi, sekali gus menjadikan karya tersebut sangat istimewa buat dirinya.

“Ini lagu Raya pertama saya, jadi memang terasa sangat istimewa,” katanya.

Zazzleen berharap lagu ciptaannya itu dapat diterima oleh pendengar serta mampu menghidupkan suasana Aidilfitri.

“Saya berharap pendengar dapat menerima lagu ciptaan saya ini dan juga suara saya. Kalau lagu ini boleh membuatkan orang rasa mood Raya dan mengingatkan mereka kepada kenangan Aidilfitri sendiri, itu sudah cukup menggembirakan saya.

“Saya juga berharap mereka yang selama ini menyokong saya akan gembira dengan lagu Raya pertama saya ini dan terus mendoakan yang baik baik untuk saya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Jan 2026

“Paling Kurang Ajar Setakat Pagi Ini” – Zara Zya Naik Angin Terima Komen L*cah

Jelas Zara Zya, dia turut menerima pelbagai kata-kata keji termasuk gurauan kasar dan penghinaan

Trending Fri, 11 May 2018

Gunung Berapi Paling Aktif di Indonesia Meletus

unung Berapi Paling Aktif di Indonesia Meletus, Memuntahkan Abu Dan Blok LavaIbu Kongsi Kesan Anak Kerap Duduk Dalam Posisi ‘W’

Hiburan Fri, 13 Mar 2026

Pernah Diugut Sihir & B*nuh, Ezzanie Jasny Syukur Gangguan Akaun Palsu Kini Berhenti Selepas Lapor Pihak Berkuasa – “Hidup Saya Kembali Tenang”

Menurut Ezzanie, ancaman yang diterimanya ketika itu cukup menakutkan sehingga membuatkan dia hidup dalam ketakutan

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

Selamat Hari Lahir ke 35 tahun, Fazura! Ucapan SWEET Fattah Buat Anda Rasa Nak Cepat Kahwin

Semoga Allah melindungi dan merahmati awak dengan kebaikan di dunia dan akhirat. Saya tahu awak akan menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak kita.

Featured Thu, 8 Sep 2022

[VIDEO] Shuib Kongsi Kenangan Arwah Siti Sarah Mengidam Ketika Mengandung Buat Warganet Sebak

Allahu Akbar, kenangan indah yang takkan dilupakan! Kalau isteri mengidam, suami berusahalah sebaiknya untuk tunaikan! ❤️

Featured Tue, 26 Aug 2025

Badron Munirah Tak Selesa Disamakan Dengan Afgan

Kata Badron, dia sangat tidak disuka di compared kan dengan mana-mana artis.

error: Content is protected !!