Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 7, 2023 @ 5:30pm

“Tidak Mahu Kedengaran Seperti Ustaz, Tapi Saya Berusaha Utamakan Solat” – Alif Satar

Pelakon, penyanyi dan pengacara versatile, Alif Satar berkongsi, solat adalah kunci kekuatan bagi aktiviti hariannya.

Menurut pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar, 32, bukan mudah untuk bersiap pada awal pagi dan kemudian bergegas ke acara kemudian menghadiri program lain termasuklah jika terlibat dengan sebarang penggambaran, namun solat sentiasa menjadi keutamaan termasuklah menjaga solat di awal waktu.

“Kita jagalah solat. Mungkin kalau tak solat kita akan rasa penat. Mungkin kalau tak solat kita rasa makin tak cukup masa.

“Saya tak sempurna, Allah tutup aib agar orang tak nampak keburukan saya.

“Saya tidak mahu kedengaran seperti ustaz, tapi saya sedaya upaya mengutamakan solat. Saya perasan jika kita solat di awal waktu, Allah akan mudahkan,” katanya.

 

Mengulas lanjut, ayah kepada tiga orang cahaya mata ini juga tegas dengan prinsipnya bahawa ada batas dan sensitiviti yang perlu dijaga memandangkan susuk seorang figura itu sentiasa diperhatikan.

Bahkan, beranggapan bahawa ada anak-anak yang sedang memandangnya untuk dijadikan contoh.

“Walaupun ada yang mahu sekadar bekerja tanpa dilihat oleh masyarakat. Tapi ketahuilah menjadi seorang figura tetap akan diperhatikan.

“Saya tak akan buat apa-apa yang melanggar prinsip saya. Contohnya lakonan, ada batas dan sensitiviti yang perlu kita kena jaga. Lagipun kita kena ingat ada anak-anak yang memandang kita untuk dijadikan contoh jadi kena tunjuk tauladan yang baik,” jelasnya.

Terdahulu, Alif ada berkongsi pengalamannya menunaikan Haji ke Tanah Suci termasuklah pengalaman bermalam di Mina, Makkah.

Menurutnya, pengalaman tersebut tidak dapat diperolehi dimana-mana tempat pun di dunia ini sekaligus mengakui ia mengajar dirinya merasai pengalaman hidup seperti seorang gelandangan.

“Bila aku fikir, rupanya macam ni lah rasa orang ‘homeless’. Tiada tempat mandi, pastu tengah-tengah malam korek tanah cari batu (nak prepare untuk melontar). Aku pasti, siapa datang buat haji insya-Allah rasa sombong takabbur tu mesti hilang.

“Wallahi, walaupun masa ni dah 2 malam tak mandi, tak pergi toilet, badan dah penat ditambah pula kekecohan bunyi dan bau asap ekzos bas, dengan berlapik kan sleeping bag beratapkan langit bintang, Allah bagi nikmat juga dapat aku tidur yang lena. Tak percaya? Zoom lah muka aku tu, tidur pun ada senyum,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

 

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Apr 2026
Trending Tue, 9 Jun 2020

PDRM Tamatkan Sekatan Jalan Raya Bermula Esok

Berita yang wajib dikongsi ramai!

Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Berang Dengan Ibu Tiri? Abil Luah Rasa Menerusi Instastory

Mengakui bahawa masanya sudah tiba untuk beliau menceritakan kisah sebenar disebalik perlakuan biadap individu terbabit.

Featured Tue, 5 Dec 2023
Hiburan Sun, 21 Apr 2019

‘ Ia Tindakan Tak Masuk Akal’- Isteri Allahyarham Saleem Kecewa Dengan Syarikat Rakaman

Allahyarham baru sahaja meninggal dunia ketika itu, bagaimana anda boleh bertindak demikian? Sekurang-kurangnya beritahu saya dahulu…

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Sufian Suhaimi Akui Beliau Kini Tidak Lagi Mengejar Cinta

“Tidak mengejar cinta, hidup menjadi lebih tenang.” Jelas Sufian Suhaimi…..

Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Berat Ed Sheeran Turun Mendadak, Ini Sebabnya!

Jom sama-sama ke arah gaya hidup sihat!

error: Content is protected !!