Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 4, 2024 @ 12:16pm

Selera Makan Bertambah, Nabila Razali Sahkan Hamil Anak Sulung… Dijangka Bersalin Januari Depan! – “Ini Adalah Saat Membahagiakan Buat Kami”

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua dan dijangka bakal bersalin pada Januari tahun hadapan.

Nabila atau nama lengkapnya, Nur Nabila Mohd Razali, 32, meluahkan rasa syukur atas kurniaan Illahi yang diterimanya bersama suami, Nik Iruwan Nik Izani, 39.

“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua.

“Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami, dan kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Mengulas lebih lanjut, Nabila berkata sepanjang berbadan dua tiada perubahan ketara melainkan selera makannya bertambah.

“Alhamdulillah, saya tidak ada apa-apa keinginan yang melampau dan alahan yang teruk. Hanya yang biasa saja. Kalau ada pun perubahan dari segi tenaga. Tapi, bagi saya ia mungkin perkara biasa bagi wanita hamil.

“Perkara lain, tentulah banyak makan. Selera makan saya bertambah-tambah. Apa pun, saya mahu nikmati saja perjalanan sepanjang kehamilan ini,” katanya lagi.

Nabila Razali

Sementara itu, Nabila mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat setia yang memberi sokongan terhadap fasa terindah dalam kehidupannya.

“Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan, di mana setiap detiknya menjadi satu pengalaman berharga yang pasti akan diabadikan dalam memori kehidupan sebagai satu bab yang penuh keindahan dan pengisian makna.

“Saya percaya bahawa fasa baharu ini juga menjadi sebuah cerita indah buat saya dan suami. Doakan semoga perjalanan kehamilan saya ini dipermudahkan sehingga bersalin nanti,” tuturnya.

Nabila Razali

Dalam pada itu, pelantun lagu Tangis ini tetap komited dengan kerjaya seni terutamanya bagi menjayakan pelbagai perancangan menarik.

“Tidak dinafikan sekarang ini cepat penat dan lebih banyak berehat. Sebab sebelum ini bila bekerja, memang susah nak berhenti. Sekarang adalah waktu yang kita rasa nak tidur saja.

Namun, saya masih komited dalam bidang seni terutama beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal. Apa pun, saya cuba untuk buat dengan sehabis baik,” katanya.

Sekadar info, Nabila dan Nik Iruwan selamat mendirikan rumah tangga mereka pada 18 November tahun lalu.

Artikel Berkaitan: “Tak Boleh Nak Bandingkan Dengan Orang Lain” – Nabila Razali Banyak Korbankan Masa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Oct 2022

Kedai Shuib Dilanggar Kereta SUV, Pemandu Dipercayai Tertekan Minyak

Aduh kesiannya.. Semoga dipermudahkan urusan kedua-dua belah pihak

Featured Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Tue, 26 Nov 2024
Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Makin Selesa Bergelar Penyampai, Muaz Kongsi Rahsia Cepat ‘Ngam’

Saya amat berterima kasih kepada AG kerana dia banyak membantu saya. Saya masih ingat di minggu pertama di PHD, adakala saya tersasul atau energy yang saya beri, tak seimbang, Dia bantu saya untuk mencari keseimbangan tersebut.

Hiburan Fri, 28 Nov 2025
Hiburan Fri, 17 May 2019

小玉劝大家放下心中的「鬼」!舞台剧有望跨州演出

小玉参演舞台剧演出了心得,劝大家要放下内心「心魔」,迎向新的人生。

error: Content is protected !!