Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 5, 2024 @ 3:57pm

“Ramai Yang Dah Tak Percayakan Kami Bila Perkara Betul Terjadi” – Isteri Aman Graseka Perjelas Dakwaan Sengaja Reka Cerita Anak Ditidurkan

Isteri kepada pelakon Aman Graseka iaitu Reena Arina tampil menjelaskan dakwaan mengada-adakan cerita anak mereka sakit dan sedang ditidurkan bagi menagih simpati.

Menurut laporan Berita Harian, Reena mengakui terkejut apabila tular dakwaan mengatakan dia meminta bantuan daripada Sharifah Shahirah.

Reena turut memaklumkan anak kedua mereka sedang ditidurkan selepas diserang sawan.

“Anak kami sakit, bukannya rekaan. Kami terkejut apabila ada laporan mendakwa kami menghantar pesanan kepada Sharifah Shahirah (Shiera) meminta bantuan.

“Shiera memaklumkan melalui radio (Suria FM) meminta orang ramai mendoakan anak kepada Aman kembali sihat, tetapi, bukan minta bantuan.

“Disebabkan pernah tular kisah kami yang berpunca daripada ‘scammer’, ramai orang sudah tidak percayakan kami apabila perkara betul seperti ini berlaku,” katanya.

Tambah Reena, anak keduanya bukan demam tetapi berkemungkinan mengalami strok haba berikutan cuaca panas di Kedah.

Difahamkan, anak keduanya dibawa ke unit kecemasan di Hospital Baling sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

“Disebabkan anak saya tidak beri tindak balas, doktor maklumkan kepada kami anak terpaksa ditidurkan sebab takut jangkitan kuman merebak ke kepala.

“Jadi, kami putuskan untuk tidurkan anak dan bawa ke HSB. Ketika ini, anak masih ditidurkan agar dia dapat berehat. Namun, saya tegaskan, kami tiada minta bantuan Shiera.

“Tetapi, kami ada minta bantuan kerajaan negeri membiayai kos penginapan kerana kami perlu berada di Alor Setar. Kami tidak dibenarkan menunggu anak di unit rawatan rapi (ICU) di hospital terbabit,” katanya.

Terdahulu, penyampai radio, Sharifah Shahira berkongsi berita mengenai situasi Aman yang dikatakan sering meminta bantuan kewangan daripada rakan selebriti.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh ‘Scammer’ Isu Minta Bantuan Kewangan, Isteri Aman Graseka Tampil Buka Mulut

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit Filem Jiwa 8 Belas Gagal Hubungi Aman Graseka – “Bukan Nak Beri Sumbangan Duit, Saya Nak Sediakan Peluang Pekerjaan”

ARTIKEL BERKAITAN: Aman Graseka Enggan Berlakon Akibat Dihalang Isteri?

Sumber: Berita Harian 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Penyanyi Popular Ini Sebenarnya Protege Black?

Jangan lupa saksikan Mentor Milenia 2019 Ahad ni tau?

Featured Thu, 19 Jan 2023

Hidap Sindrom ADHD & Cepat Lupa, Diana Danielle Jadikan Al-Quran Dan Solat Sebagai Sumber Rujukan

Bagusnya dapat suami yang sentiasa mengingatkan perkara-perkara baik💖

Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Hiburan Mon, 27 May 2024
Featured Wed, 30 Nov 2022

“Chemistry Kami Terlalu Kuat, Susah Nak Lari…”- Meerqeen Mahu Cuba Berlakon Dengan Aktres Wanita Selain Anna Jobling

Dah nama pun pelakon, mesti nak cuba banyak perkara 🥰 Apapun, Anna tetap dihati kannn hihiii ❤️❤️

Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Baru Bernikah, Sasha Saidin Dah Dituduh Perampas

Apa-apa pun dah selamat pun bernikah…doakan lah kebahagiaan mereka ye?

Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Featured Sat, 31 Jan 2026

Dari Rakan Kerja Jadi Rakan Serumah, PU Riz Kongsi Kisah Pilih Neelofa Sebagai Isteri

Kata PU Riz keputusan untuk mendirikan rumah tangga bukan didorong oleh kisah cinta semata-mata

error: Content is protected !!