Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 13, 2024 @ 7:10am

Penerbit Filem Jiwa 8 Belas Gagal Hubungi Aman Graseka – “Bukan Nak Beri Sumbangan Duit, Saya Nak Sediakan Peluang Pekerjaan”

Pengarah dan penerbit, S Baldev Singh gagal menghubungi pelakon senior Aman Graseka yang kini terpalit kontroversi mengalami kesukaran hidup sehingga memohon bantuan kewangan daripada rakan artis.

Menurut Baldev, Aman atau nama sebenarnya Aman Shah Baharom Shah, 56, yang terbabit dalam filem terbarunya berjudul Jiwa 8 Belas tidak menjawab panggilan telefon.

Tambah pengarah itu, Aman juga tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai jemputan ke malam gala filem Jiwa 8 Belas yang diadakan baru-baru ini.

“Sejujurnya, saya nak bantu Aman, saya sudah menghubunginya tapi tiada sebarang maklum balas. Saya tak tahu apa masalah yang dia hadapi sekarang.

“Saya tiada hutang dengannya dalam filem ini. Saya sudah selesaikan bayaran pada hari penggambaran lagi.

“Saya sudah hubungi, tapi langsung tiada jawapan. Saya terkejut dan sedih dengan apa yang jadi pada Aman,” katanya.

Difahamkan, Aman sepatutnya hadir ke majlis tayangan perdana filem Jiwa 8 Belas terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd bersama pelakon lain, namun aktor itu tidak menghadirkan diri.

Selain Aman, Filem Jiwa 8 Belas yang bakal ditayangkan pada 18 Januari ini turut dibintangi A Galak, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Fauziah Nawi, Zila Bakarin, Shah Hazvee, Sophia Albarakbah, Izuan Ramli, Ikhram Juhari, Kanda Khairul, Akim Nordin, Faha Azhar, Arif Mex dan Acap S.

Tambah Baldev, sekiranya Aman tampil menghubungi dan menceritakan masalah yang dihadapi, dia sedia untuk menawarkan bantuan termasuk menyediakan peluang pekerjaan.

“Saya tahu mengenai perkara ini selepas tular di media sosial. Saya nak bantu supaya dia dapat cari kerja dan berdikari untuk keluarga.

“Saya bukan nak tolong dia untuk beri sumbangan duit, tapi sediakan peluang pekerjaannya.

“Di mana pun dia berada, kita boleh minta kawan-kawan bantu. Tapi, kalau dia ada masalah di sebalik itu, saya tak tahu.

“Jadi saya harap Aman dapat bangkit dan mencari saya. Anda tak perlu minta daripada sesiapa, kita kawan-kawan ada untuk membantu,” katanya.

Terdahulu, Aman menjadi sorotan media pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau Shiera memuat naik perkongsian dalam Instagram miliknya.

Menerusi hantaran itu, Shiera berkongsi mengenai Aman yang meminta bantuan kewangan untuk memberi makan kepada anak-anaknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Apr 2022
Featured Fri, 24 Mar 2023
Hiburan Tue, 9 Jun 2026

“Duduk Rumah Lagi Bosan” – Sarat Hamil Pun Tetap Gigih Bekerja, Amira Othman Mohon Tip Bersalin Daripada Para Ibu

Menurut Amira, bekerja sedikit sebanyak membuatkan masa lapangnya lebih terisi berbanding berehat sepenuhnya di rumah.

Hiburan Sat, 15 Dec 2018
Hiburan Wed, 20 Dec 2017

Status tak sindir sesiapa – Sharifah Sakinah

Hubungan baik dan keserasian yang dicapai antara dia dengan aktor itu bukan sekadar dalam drama semata-mata, malah juga di luar set penggambaran.

Hiburan Sun, 15 Dec 2024
Featured Wed, 17 Jul 2024

Rita Rudaini Mohon Terbit Podcast Berilmu, Penggunaan Bahasa Kasar & Isu Sensitif Bukan Perkara Remeh – “Biar Santai Tapi Bagi Impak Positif”

Min Setuju 💯. Biarlah podcast yang diterbitkan tu memberi banyak input untuk penonton. Beru cenggini👍👍👍

Hiburan Fri, 1 Mar 2024

AJL38: Masdo Ramal Aina Abdul Juara Lagi?

Agak-agak siapa yang bakal juara AJL38?

error: Content is protected !!