Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 9, 2026 @ 10:48am

“Duduk Rumah Lagi Bosan” – Sarat Hamil Pun Tetap Gigih Bekerja, Amira Othman Mohon Tip Bersalin Daripada Para Ibu

Penyanyi, Amira Othman mengakui dia masih aktif bekerja dan komited mempromosikan produk kecantikan walaupun kandungannya kini sudah memasuki trimester ketiga.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Amira atau nama lengkapnya, Nadia Amira Othman, 33, berkata dia tetap menghadiri acara dan melakukan siaran langsung meskipun keadaan fizikalnya semakin mencabar kerana tidak gemar hanya duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa aktiviti.

Menurut Amira, bekerja sedikit sebanyak membuatkan masa lapangnya lebih terisi berbanding berehat sepenuhnya di rumah.

“Mak buyung hujung-hujung (trimester tiga) ni walaupun dah mengah tetap sertai acara dan buat siaran langsung sebab kalau duduk rumah lagi mak buyung bosan sebab tak kerja.

“Terima kasih semua yang sudi sokong. Alhamdulillah,” tulisnya.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu turut meminta pandangan daripada para ibu mengenai persiapan menjelang hari kelahiran.

“Anyway, mommies share la tips-tips hujung nak bagi mudah semua perkara (bersalin) ni,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar urusan Amira dipermudahkan selain berkongsi pengalaman dan amalan yang pernah dilakukan ketika berada di penghujung kehamilan.

Malah, ramai juga yang memuji semangat Amira yang masih komited bekerja walaupun sedang sarat hamil dan hanya menunggu hari untuk menimang cahaya mata sulungnya.

Artikel Berkaitan: Amira Othman Akhirnya Sahkan Kini Hamil Tujuh Bulan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Jul 2020
Featured Fri, 27 Apr 2018

Bagaimana Rupa Puteri-Puteri Disney Jika Mereka Hidup Di Zaman Moden? Pelukis Ini Ada Jawapannya

Para Puteri Disney diberi nafas baru dari segi rupa serta gaya fesyen mereka. Nampak chic!

Trending Fri, 30 Mar 2018

Bakal Pengantin Sempat Pergi Menyamun!

Bagaimanapun, peguam Ishak Kari yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori akan melangsungkan perkahwinannya bulan depan dan semua persiapan telah dibuat.

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

‘Menang Kalah Hal Kedua, Yang Penting Sihat’ – Sufian Suhaimi

Semoga cepat sembuh Sufian Suhaimi, ada rezeki kita boleh lihat Ada Di Matamu menang besar malam itu nanti. Siapa tahu kan?

error: Content is protected !!