Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain October 17, 2023 @ 12:59pm

Meriah! Majlis Resepsi Fadlan Hazim & Isteri Pamer Tradisi Perkahwinan Kazakhstan

Pelakon Fadlan Hazim sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat kemeriahan majlis resepsinya bersama isteri, Aiya Mukhamedsalova, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di TikTok, Fadlan turut mempamerkan tradisi dan adat perkahwinan negara Kazakhstan dalam sebuah majlis resepsi tertutup.

Dalam perkongsian tersebut, kedatangan pengantin perempuan telah diiringi oleh bapanya untuk menghantar anaknya bertemu si suami yang menanti di pelamin.

Suasana indah yang mempamerkan konsep taman itu turut menyerlahkan ketampanan dan kecantikan Fadlan bersama isterinya, Aiya yang segak menggayakan berbaju suit lengkap dan gaun pengantin.

@fadlanhazim6 Traditional Wedding Of Kazakhstan🤍 #fadlanhazim #fyp #wedding #fypシ #fypシ゚viral #fypage #masukfyp #berandafyp ♬ original sound – fadlanhazim6

Terdahulu, Fadlan pernah berkongsi bahawa dirinya tidak dikenakan sebarang bayaran berupa wang hantaran dari pihak isterinya kerana ianya sebahagian dari adat negara Kazakhstan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fadlan Hazim Kongsi Budaya Berkahwin Dengan Wanita Kazakhstan – “Takda Hantaran, Hanya…”

Dalam perkongsian lain, akaun TikTok tersebut turut mempamerkan tradisi Kazakhstan yang unik apabila pengantin lelaki perlu berlari ketika mendukung isterinya yang memakai perhiasan berbentuk topi di kepala.

Melihat keunikan sambutan majlis resepsi itu, perkongsian tersebut turut meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.

@fadlanhazim6 Nak Kemana Tu🥰 #fadlanhazim #fypシ #fypage #wedding #berandafyp #foryou #foryoupage #fyp #fypシ゚viral #masukfyp ♬ original sound – fadlanhazim6

Sebelum ini, Fadlan dan Aiya telah mendirikan rumah tangga pada 15 Julai 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Feb 2023

Isu Bayar Saman Secara Ansuran, Peguam Belum Terima Arahan Daripada Ali Puteh

Saya belum terima apa-apa arahan daripada Ali dan keluarganya – Peguam

Hiburan Tue, 15 Mar 2022

Setahun Berlalu, MADAM Muncul Rancak Dengan Nona

Kumpulan muzik MADAM yang dianggotai empat pemuzik muda penuh bakat kembali merancakkan persada industri muzik tempatan dengan kelahiran single terbaharu mereka berjudul Nona. Istimewanya pada kali ini, lagu tersebut dihasilkan sepenuhnya oleh mereka sendiri, Putera […]

Featured Sun, 22 Mar 2026

Jazmy Juma Teringin Bawa Kekasih Beraya Di Kampung

Pelakon Jazmy Juma mengaku sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disambut secara sederhana bersama keluarga tercinta.

Acara Wed, 14 Sep 2022

Awie & Hazama Antara Selebriti Dilantik Duta Anti-Scam

Jangan terpedaya dengan scammers okay!

Selebriti Sun, 3 Sep 2023
Hiburan Thu, 18 Jan 2024
error: Content is protected !!