Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 26, 2024 @ 6:33pm

Selepas 8 Kali Prosiding, Remaja Lelaki Akhirnya Mengaku Rogol Adik Kandung

Seorang remaja akhirnya mengaku bersalah merogol adik kandungnya di sebuah rumah di Ayer Hitam, Batu Pahat tahun lalu di Mahkamah Sesyen Muar hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh yang berumur 19 tahun itu membuat pengakuan tersebut ketika prosiding sebutan semula pertuduhan kali kelapan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Berdasarkan pertuduhan, remaja lelaki itu didakwa merogol adik perempuannya yang berusia 13 tahun kira-kira jam 1 pagi pada 18 Mei tahun lalu di sebuah kediaman di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.

Mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan (Akta 574) tertuduh yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan 10 kali sebatan.

Mengikut laporan polis, remaja itu didakwa memaksa mangsa memasuki biliknya lalu melakukan perbuatan terkutuk itu.

Malah, kejadian sama turut berlaku tetapi mangsa tidak memberitahu perkara tersebut kepada ibu bapanya.

Selepas tidak tahan dengan perbuatan abang kandungnya itu, mangsa hadir ke Balai Polis Ayer Hitam, Batu Pahat untuk membuat laporan.

Susulan itu, pihak polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan remaja lelaki itu lima hari kemudian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh diwakili Syaffie Naim dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Kemudian, mahkamah menetapkan 28 Julai ini untuk fakta dan hukuman serta laporan sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tertuduh pertama kali didakwa pada 29 Mei tahun lalu tetapi mengaku tidak bersalah. Sebutan kedua pula berlangsung pada 27 Jun, diikuti 27 Ogos kali ketiga, 3 September kali keempat, 17 September kali kelima, 24 September kali keenam dan 4 Oktober kali ketujuh.

Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh dengan mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan serta faktor keselamatan mangsa.

Mangsa kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Rembau, Negeri Sembilan selepas insiden itu.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sun, 5 Jun 2022

“Sampai Turun Berat Badan Saya” – Dr Amalina Bakri Kini Berbadan Dua

Tahniah buat Doktor Nur Amalina dan suami atas kehamilan anak pertama mereka.

Trending Tue, 4 May 2021

PKP Bersasar Untuk Kuala Lumpur – Annuar Musa

KL laksana semula PKP bersasar?

Trending Thu, 28 Nov 2019
Featured Fri, 6 Feb 2026

Mimi Fly Titip Pesan, Minta Jangan Terlampau Berkorban – “Belajar Tanya Diri Apa Yang Kita Nak”

Kata Mimi, mereka yang mempunyai sikap suka ‘berkorban’ untuk orang lain perlu dihentikan segera

Trending Thu, 9 Apr 2020
Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Tue, 24 Feb 2026
error: Content is protected !!