Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin February 24, 2026 @ 3:45pm

“Mungkin Dia Takut Saya Tak Boleh Move On” – Amyza Aznan Terkilan Tak Dapat Temani Arwah Anak Ketika Hembus Nafas Terakhir

‘Sebagai ibu saya nak ada di sisi dia, tapi tak ada rezeki’, demikian luahan pelakon, Amyza Aznan apabila memaklumkan, dia berasa terkilan dek kerana tidak dapat menemani anaknya, Andre Mikhail Khairil Idzhar, 23, ketika menghembuskan nafas terkakhir pada Selasa.

Kata Amyza, ketiadaannya di sisi Andre Mikhail itu membuatkan dia sedikit ralat.

“Dia pergi ketika saya balik ke rumah untuk bersihkan diri. Baru sahaja sampai rumah dan selesai mandi, saya dimaklumkan tahap oksigennya menurun.

“Saya memang ralat. Sebagai ibu saya nak ada di sisi dia, tapi tak ada rezeki.

“Tapi mungkin dia tak mahu saya melihat saat dia pergi. Dia mungkin takut saya tak boleh ‘move on’,” katanya.

Mengulas lanjut, pelakon drama Teratak Kasih Salina itu menjelaskan, meskipun ramai yang menasihatinya agar menerima qada dan qadar serta meneruskan kehidupan seperti biasa, dia mengakui perkara itu bukan sesuatu yang mudah.

“Maaf kalau ada yang tak setuju. Orang kata kena terima qada dan qadar, kena ‘move on’ tapi dia adalah sebahagian daripada diri saya.

“Insya-Allah satu hari nanti saya akan bangkit. Saya tak akan biarkan diri saya terus begini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Amyza juga menyifatkan Ramadan kali ini adalah yang paling berat untuknya kerana diuji dengan kesihatan anak-anaknya.

Terdahulu, pada Isnin, Amyza memaklumkan anaknya, Andre Mikhail telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada jam 10.15 malam selepas setahun berjuang melawan kanser paru-paru.

Dan, jenazah Allahyarham juga telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Selangor pada Selasa selepas disembahyangkan di Masjid Al-Khiriah AU3, Keramat.

Difahamkan, kira-kira 300 orang hadir terdiri daripada ahli keluarga, rakan selebriti serta teman rapat bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.

 

Sumber: Ohbulan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Jul 2023
Trending Tue, 28 Jun 2022

“Tiada Rezeki Anak, Allah Beri Rezeki Lain” – Beto Khusyairi Akur Masih Belum Dikurniakan Zuriat

Beto Khusyairi akur dengan takdir Tuhan belum dikurniakan zuriat.

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Buka ‘Warung Teringin’, Shima Mula Bisnes Nasi Campur

Antara juadah yang bakal disajikan termasuk asam pedas, asam rebus, goreng berlada, masak lemak cili api dan aneka masakan kampung lain.

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Dongho and His Father Speak Up About the Divorce Rumours

Hopefully baby Asher will be alright through it all.

Hiburan Thu, 13 Apr 2023

Pamungkas Kembali Temui Peminat Di Malaysia Mei Ini

Peminat pamungkas dah boleh get ready beli tiket

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

‘Sifu’ Dah Sedia, Jom Ke Uji Bakat Mentor Milenia 2019 Bermula 3 Ogos Ini!

Untuk anda yang berusia dari 17-23 tahun, jom ke uji bakat pada 3-4 Ogos (Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah), 24-25 Ogos (Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam) dan 7-8 September (Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam)

Trending Tue, 24 Jul 2018

YouTubers Allegedly Robbed by Langkawi Hotel Staffs of RM1,400 Cash

The hotel claimed to not be responsible for anything but deleted their Facebook account.

Hiburan Sat, 3 Mar 2018

Gordon Ramsay Forced to Eat Bull Penis in Front of Live Audience!

It was a crazy truth or dare game gone wrong.

error: Content is protected !!