Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 20, 2026 @ 12:27pm

Amyza Aznan Diuji Lagi, Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

Pelakon dan pelawak, Amyza Aznan sekali lagi diuji apabila mendedahkan anak keduanya, Adrian Adam, disahkan menghidap kanser tulang.

Berita duka itu dikongsi Amyza menerusi hantaran di platform media sosial miliknya sekali gus memaklumkan kejadian sama kini berulang apabila sebelum ini anak sulungnya, Andre Mikhaeil disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga pada Februari.

“Hari ini, ramadan pertama, di bulan Februari, bulan kelahiran anak-anak saya. Sama yang berlaku tahun lepas, bulan ramadan dan pada bulan kelahiran, anak saya, Andre Mikhail berusia 18 tahun disahkan kanser paru-paru.

“Dan pada tahun ini, pada bulan ramadan juga dan pada bulan Februari juga bulan kelahiran anak saya Adrian Adam pula disahkan kanser tulang,” katanya.

Dalam hantaran sama, Amyza memohon doa daripada orang ramai untuk mendoakan kesihatan anak-anaknya yang kini sedang berjuang melawan penyakit kanser.

“Anakku Adrian Adam, hanya doa yang sarat didada untuk mu anak ku. Anak yang cukup menenangkan jiwa.

“Semoga diberi kesihatan yang baik. Kejayaan, kebahagiaan milikmu dunia dan akhirat,” tambahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Mar 2026

Linda Rafar Rugi RM500,000, Tertekan Hingga Makan Ubat Selepas Didakwa Ditipu ‘Datuk’

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar, mendedahkan dia mengalami kerugian sebanyak RM500,000 selepas didakwa ditipu seorang individu bergelar ‘Datuk’ dalam satu urusan perniagaan. Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 48, berkata kejadian itu memberi impak […]

Hiburan Sat, 14 May 2022
Featured Fri, 16 May 2025

‘Tanpa Cinta’ Diberi Nafas Baru, Tampil Tiara Andini & Yovie Widianto

Lagu ini dipersembahkan dengan susunan yang lebih segar dan moden.

Hiburan Sun, 3 Jul 2022
Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Featured Thu, 8 Sep 2022
error: Content is protected !!