Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 28, 2024 @ 12:51pm

“Kau Kasi Aku Nyawa Ib, Selepas Nyawa Aku Beberapa Tahun Hilang…” – Shuib Umum Mamat Sepah Kini Hos Ke-4 Dol Podcast!

Selepas kemunculannya dalam temu bual Dol’s Podcast yang di hoskan oleh Shuib, Shuk dan Fizie, siapa sangka ia membuka ruang dan peluang untuk rakan mereka yang juga pelawak, Mamat Sepah untuk turut serta bersama-sama dalam rancangan bual bicara itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib berkongsi sepotong video pendek berdurasi lebih dua minit memperlihatkan Mamat ‘dilamar’ untuk menjadi hos bagi program bual bicara itu.

“Tahniah Mat, kau dalam Dol’s Podcast!Betul Mat, aku tengah rekod ni.

“Allah bagi kau ‘nyawa’. Jadi muka kau akan ada dekat billboard  Dol’s Podcast tau.

“Maknanya sekarang ni, dalam Dol’s Podcast dia akan ada empat orang. Dia ada Shuib, Fizi, Shuk dan Mamat.

“Kau akan ada dalam Dol’s Podcast tau! Kita akan all out dalam ni Mat,” katanya.

Dalam pada itu, terkejut dengan berita ‘lamaran’ tersebut, Mamat atau nama penuhnya, Mohd Noor Murad, bersyukur dan kelihatan tidak henti-henti mendoakan kejayaan rakannya itu.

“Kalau aku masuk Dol’s Podcast, aku suruh isteri aku berhenti kerja kot. Inshaa-Allah Ib (panggilan untuk Shuib) makbul doa kau. 60-40 billboard. Doa aku makbullah macam ni…sekarang 12.15 minit pagi, 27 haribulan Ogos. Gila lah, takkan lah! Jangan main-main Ib.

” Ni kalau aku salam ni, kira ni salam keramat ni Ib… Lu kasi gua nyawa Ib, selepas nyawa gua hilang berapa belas tahun. Meremang bulu roma ni. Wallahi! Terima kasih Ib,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

 

Menjengah ke ruangan balas hantaran berkenaan, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan Shuib sekaligus berpendapat, podcast tersebut akan lebih menarik dengan kehadiran Mamat.

Lebih mengharukan, rata-rata dalam kalangan mereka berpendapat rezeki Shuib terbuka luas dek kerana usahanya yang selalu ingin membantu rakan-rakannya yang menghadapi kesusahan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Ramai Puji Nampak Manis, Ibu Zahirah Macwilson Istiqamah Berhijab – “Semua Yang Baik Datang Dari-Nya”

Maslinda mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya di media sosial yang tidak henti menzahirkan ucapan doa

Featured Thu, 27 Nov 2025

Sharnaaz Ahmad Luah Rasa Rindu Buat Arwah Ayah – “Terima Kasih Ajar Saya Jadi Manusia Kental”

Sharnaaz Ahmad berkongsi momen penuh emosi apabila dia kembali mengenang pemergian arwah ayahnya, Datuk Basir Ahmad Nazir Ahmad

Featured Mon, 1 Mar 2021

Moratorium Berakhir Mac Ini, Moratorium Menyeluruh Disarankan Buat..

Umum maklum, moratorium secara bersasar bagi mereka yang memerlukan bakal berakhir Mac ini. Justeru, Setiausaha Agung Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Stan Singh-Jit berkata aliran aktiviti runcit telah merosot dan menjejaskan perniagaan sektor itu susulan […]

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Tidak Mahu Ulang Kesilapan, Maya Karin Makin Memilih

Walaupun namanya agak tidak menonjol beberapa tahun ini namun, pelakon cantik ini mengakui dirinya kini semakin memilih sebelum menerima mana-mana tawaran lakonan walaupun bayarannya cukup lumayan.

Selebriti Mon, 4 Dec 2023
Trending Wed, 21 Apr 2021

Buka Restoran Kala Pandemik Melanda, Haziq Hussni Percaya Dengan Ketetapan Rezeki

Pengacara dan penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni yang baru sahaja membuka perniagaan restoran percaya dengan ketetapan rezeki. Membuka restoran Jom Kono di SS15 Subang Jaya kala pandemik, Haziq percaya dengan kualiti makanan yang disediakan. […]

Featured Tue, 4 Apr 2023

[VIDEO] Berbuka Puasa Bersama Keluarga, Netizen Bersyukur Keadaan Kamal Adli Semakin Baik

Alhamdulillah.. Syukur. Semoga pasangan ini dan keluarga sentiasa dalam perlindunganNya

Featured Thu, 9 Jun 2022

[VIDEO] Terserempak Kereta Atas Highway, Balu Arwah Abam Sebak Kenang Memori

Allahu sebaknya… Semoga Hidayah kuat semangat dan dimurahkan rezeki selalu ❤️❤️❤️

error: Content is protected !!