Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 27, 2024 @ 2:18pm

Tak Berniat Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Fattah Amin & Fazura, Abby Abadi Cuma Mendoakan Yang Terbaik

Pelakon Abby Abadi mengaku tindakannya membuat hantaran di Instgaram Stories bukanlah kerana mahu menyibuk atau sengaja masuk campur urusan rumah tangga pasangan popular, Fattah Amin dan Fazura melainkan terkesan dengan apa yang berlaku terhadap perkahwinan kedua-duanya.

Menerusi perkongsian tersebut, Abby turut memuat naik tangkap layar foto Fattah sekaligus menitipkan pesanan agar rumah tangga aktor itu berjaya diselamatkan.

“Maaf, tak berniat nak campur tangan, tak tahu kenapa akak rasa sedih sangat kalau korang bercerai. Kau orang berdua sama cantik, sama padan. Perbaiki apa yang kurang, yang lain serah pada Allah.

“Akak tak ada kena mengena apa pun, tapi…(emoji sedih). Kata sayang, jangan biarkan hari-hari berlalu macam itu saja. Usaha lebih sikit. Pergi jumpa, pergi peluk! Abaikan bodyguard tu semua. Awak lebih berhak! Duduk asing-asing, sibuk kerja makin meretakkan adik,” katanya.

Menerusi hantaran yang berlainan pula, Abby turut berdoa kepada Allah SWT agar rumah tangga yang dibina sentiasa dalam peliharaan sekaligus tidak mahu pasangan ini bercerai.

“Tolonglah.. selamatkan kasih sayang ini ya Allah. Tolong semua doakan yang terbaik untuk pasangan ini.

“Tak tahu kenapa kita jadi sedih sangat kalau mereka berpisah. mereka berdua memang diciptakan untuk bersama. Tak boleh cerai! Tak boleh,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Doakan Yang Terbaik Buat Kami, Daddy Will Always Love You”- Kongsi Foto Isteri & Anak, Fattah Amin Bikin Netizen Sebak

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen ‘Banjiri’ Ruangan Komen, Nyatakan Sokongan Terhadap Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin Kirim Bunga & Kad Ucapan Sempena Ulang Tahun Isteri, Fazura Respons: “Thanks Daddy Fatima”

ARTIKEL BERKAITAN:“Demi Maruah Sebagai Wanita & Kesejahteraan Fatima” – Fazura Nekad Mahu Bercerai

ARTIKEL BERKAITAN:Krisis Rumah Tangga Cetus Spekulasi, Fazura Kekal Kunci Mulut – “Doakan! Berdiam Diri Lebih Baik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Jul 2019

[UPDATE] BY9 Might Actually Debut!

Wait, what? So you’re telling me BY9 is will actually be true?!

Trending Wed, 11 Aug 2021
Hiburan Sun, 9 Dec 2018

#AnggunLife : Ika Nabella Seronok Jadi Tokey Sambal

Setakat ini Ika sudah hasilkan tiga jenis sambal iaitu sambal Hitam, Merah dan Hijau. Tahniah Ika!

Featured Fri, 2 Apr 2021

Boleh Rentas Negeri, Daerah Jika Terima Dua Dos Vaksin

Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa mana mana rakyat Malaysia yang telah menerima dua dos vaksin suntikan COVID-19 dibenarkan melakukan perjalanan merentas negeri dan daerah. Malah, mereka turut dibenarkan melakukan perjalanan ke […]

Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Afgan, Lyodra Bersatu dalam ‘Ada’

Gandingan yang padu😍 Galau habis!!

Hiburan Sat, 9 Nov 2019

Nadia Brian Kini Sah Isteri Kepada Muizz!

Tahniah Nadia Brian dan Muizz!

Featured Tue, 11 Nov 2025

“Bila Saya Kata Busy Cari Nafkah, Tolong Faham” – Raf Yaakob Terbuka, Izin Pasangan Akses Telefon 24 Jam

Jelas Raf, sikap terbuka itu bukan sekadar untuk menunjukkan kejujuran, tetapi cara untuk membina kepercayaan dalam hubungan.

Featured Thu, 5 Mar 2020
Featured Thu, 16 Feb 2023

“Orang Kata Saya Nak Simpati Tapi…” – Genap 3 Tahun, Fad Masih Terkesan Dengan Pemergian Abam

Yang pernah rasa kehilangan je tahu macam mana sakitnya rasa tu 🥹

error: Content is protected !!