Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Faida November 15, 2018 @ 8:07pm

Bateri Telefon Pintar Kamu Tak Tahan Lama, Salah Siapa?

Dah cas banyak kali pun, bateri masih buat hal! Adakala, bukan salah bateri semata. Periksa cara penjagaan kamu terhadap telefon itu sendiri. Kami kongsikan kesalahan mengecas telefon bimbit yang dibuat tanpa sedar. Jom semak;

1. Guna Pengecas Sembarangan

Setiap telefon mempunyai spesifikasi tersendiri khususnya kapasiti kuasa dan arus yang kuat. AWAS! Jika memakai pengecas yang tidak sepadan dengan spesifikasi telefon boleh mengurangkan prestasi bateri telefon pintar anda.

2. Power Bank 24/7

Ya, kami faham power bank memang memudahkan semua kerana boleh dibawa ke mana-mana. Tetapi apabila kerap menggunakannya untuk mengecas semula telefon pastinya mendatangkan kemudaratan kepada hayat bateri telefon anda. Ini kerana ia lebih berisiko untuk mengalirkan kuasa yang tidak stabil berbanding ketika mengecas dengan tenaga elektrik secara langsung. Aliran kuasa yang tidak stabil ini menjadikan hayat bateri semakin berkurangan.

3. Mengisi Bateri Sepanjang Malam

Sebelum tidur cas telefon di plug berdekatan memang tak salah tetapi seeloknya jangan dibiarkan sehingga pagi. Meskipun telefon pintar masa kini dilengkapi dengan overcharge protection yang secara automatik menghentikan proses pengecasan ketika bateri penuh, telefon yang terlalu lama dicas tetap berpotensi mengalami penurunan prestasi bateri.

Untuk mengekalkan prestasi, anda tidak perlu mengecas bateri sehingga 100 peratus. Bahkan, bateri telefon berada dalam keadaan optimun apabila mencapai kapasiti 40 hingga 80 peratus.

4. Tidak Segera Mengecas Telefon

Tunggu sampai bateri habis baru nak cas? Jangan begitu kerana jika bateri tidak dicas segera, sel-sel asas pada bateri akan mengalami saturation atau ketepuan.

Natijahnya, sel-sel mati dalam bateri akan berkumpul akhirnya membuat bateri tidak sihat dan mengurangkan prestasinya. Mula cas handphone apabila beteri berada diparas 15 hingga 35 peratus.

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

‘Saya Maafkan Awak Bro’- Ini Reaksi Tomok Selepas Peminat Mahu Sabotaj Tampil Mohon Maaf

Betul apa yang dikata…buang yang keruh,ambil yang jernih!

TECH Sun, 3 Dec 2017

Cara Padam Gambar Atau Video Pendua Pada iPhone

iPhone merupakan salah satu peranti pintar/telefon pintar yang paling banyak pengguna di seluruh dunia.

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

Artis Wanita Dan Individu Bergelar Datuk Ini Antara Yang Ditahan Dalam Pesta Liar?

Tak habis-habis dengan dadah. Cuba bawak bertaubat, tak gitu?

Automobile Sat, 11 May 2019

4 Aplikasi Perabot yang dilengkapi Augmented Reality

4 Aplikasi Augmented Reality membantu anda pilih barang perabot yang sesuai dengan susun atur rumah.

TECH Thu, 28 Nov 2019

Facebook, Instagram Dilaporkan Alami Masalah Teknikal

Patutlah tak dapat nak terima apa apa notifikasi atau info terbaru ada masalah rupanya

TECH Thu, 31 May 2018

微信「令吉钱包」下月开跑

微信(wechat)令吉钱包也将入驻大马,6月起大马人就可以通过绑定银行卡来使用微信的令吉专属电子钱包。

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

10 Tahun Selesa Dalam Konti, Feeya Lupa Hasrat Jadi Pelakon

Selain bergelar penyampai radio, Feeya juga kini mengusahakan produk kosmetik wanita.

error: Content is protected !!