Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 9, 2023 @ 12:53pm

Kolaborasi Insomniacks, Nabila Razali Dalam Cerita Kita

Selepas berjaya mencipta sejarah tersendiri menerusi lagu Pulang dan Sempurna, kumpulan Insomniacks sekali lagi muncul dengan karya hebat berjudul Cerita Kita.

Lebih istimewa lagu ini merupakan kolaborasi pertama kumpulan itu yang mana turut menampilkan penyanyi popular Nabila Razali.

Karya berentak pop balada ini merupakan ciptaan Iqie, Iskandar dan Danial mengisahkan tentang persahabatan yang terjalin sejak kecil sehingga timbul rasa cinta antara mereka.

“Saya ingin mengembalikan memori kisah percintaan zaman kanak-kanak. Saya percaya ramai pernah mengalami pengalaman manis seperti ini.

“Namun tak semua yang kita rancang menjadi kenyataan. Ada yang berjaya sehingga ke jinjang pelamin ada yang terputus di tengah jalan,” ujarnya.

Bagi Nabila Razali, kolaborasi bersama Insomniack merupakan peluang keemasan dan satu pencapaian baharu dalam kerjaya nyanyiannya.

“Saya melihat Insomniacks satu kumpulan anak muda yang kreatif dan berjaya menghasilkan karya-karya segar. Mereka mempunyai identiti tersendiri yang membuatkan lagu-lagu ciptaan dan nyanyian mereka berjaya menambat hati pendengar.

“Dalam perancangan kerjaya saya memang ada plan untuk berkolaborasi bersama mereka dan Alhamdulillah akhirnya tercapai. Saya sangat berpuas hati dengan lagu dan muzik video yang dihasilkan,” ujarnya.

Muzik video Cerita Kita yang dilancarkan pada 22 September lalu kini sudah mencecah hampir 200,000 tontonan di saluran YouTube.

Untuk rekod, lagu Cerita Kita merupakan single ke-6 bagi Insomniacks, manakala single ke-10 bagi Nabila Razali.

Lagu ini merupakan hasil kolaborasi antara syarikat rakaman Universal Music Sdn Bhd dan Nabila Razali Entertainment.

Selain itu, bagi merancakkan lagi proses promosi, majlis pelancaran Malam Cerita Kita telah diadakan pada 30 September yang bertempat di Bsync Hall, Kuala Kumpur.

Sekadar info, Insomniacks yang dianggotai oleh Iqie (vokalis utama), Iskandar (bass) dan Danial (gitar) ini ditubuhkan pada 2015.

Kumpulan ini berjaya mencipta nama pada tahun 2018 menerusi single kedua mereka berjudul Pulang yang mendapat sambutan menggalakkan dengan 32 juta tontonan Youtube dan menjadi lagu paling tinggi distrim di Malaysia pada 2019.

Diikuti single Sempurna yang dilancarkan pada 2022 berjaya meraih 15 juta tontonan YouTube dan berada selama 88 minggu di carta RIM.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 Aug 2022

Pengurus Ditangkap Akibat Kes Dadah, Bunga Citra Lestari Umum Teruskan Konsert Di Singapura

Betul kata BCL. Moga ia jadi pelajaran dan pengalaman dalam kehidupan☹

Hiburan Mon, 8 May 2023
Events Wed, 14 Dec 2022

Susulan Dakwaan Pukul Bekas Isteri, Radhi OAG Mahu Selesai Kes Cara Baik -“Moga Allah Lembutkan Hati Dia”

Radhi berharap bekas isterinya dapat selesaikan perkara ini dengan baik

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Hiburan Fri, 16 Feb 2018

JENNIFER ANISTON MULA INTIM BERSAMA BRAD PITT?

Menurut laporan Daily Mail, perpisahan terjadi sekitar penghujung 2017. Pada mulanya mereka mahu merahsiakannya terlebih dahulu tetapi akibat tidak mahu gosip liar bermaharajalela, kedua mereka mengambil keputusan untuk membuat kenyataan bersama berhubung perpisahan tersebut.

Events Fri, 5 Aug 2022

Gara-Gara ‘Jobless’, Aril Pilus Akui Pernah Kena Anxiety – “Nak Kekal Lama Dalam Industri Kena…”

Siapa je yang tak terkesan kan bila takdak kerja 😌 Semoga Aril dikurniakan dengan rezeki yang tidak putus-putus 🤲

Events Mon, 2 Sep 2019

黄连煜吉隆坡演唱会圆满谢幕!与陈昇合体无望

黄连煜吉隆坡演唱会圆满谢幕!虽然曾一度传出陈昇会赶到黄连煜演唱会合体,可惜最终没有上演新宝岛康乐队国庆日大团圆的佳话!

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

Dah Jadi Papa, Tahniah Hafiz Suip!

Tahniah buat Hafiz dan isteri. Hadiah tahun baru nampaknya

error: Content is protected !!