Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas February 16, 2018 @ 2:20pm

JENNIFER ANISTON MULA INTIM BERSAMA BRAD PITT?

Terlerai sudah mahligai yang dibina oleh  pelakon yang popular menerusi sitkom ‘FRIENDS’, Jeniffer Aniston dan suaminya, Justin Theroux.

Perkahwinan yang dibina sejak 2015 akhirnya tidak dapat diselamatkan  apabila pelakon berusia 49 tahun itu mengumumkan perpisahannya beberapa hari lalu.

Berita itu sememangnya mengejutkan peminat Jennifer. Namun jangan risau, pasangan ini masih berbaik biarpun tak lagi bersama.

Menurut laporan Daily Mail, perpisahan terjadi sekitar penghujung 2017. Pada mulanya mereka mahu merahsiakannya terlebih dahulu tetapi akibat tidak mahu gosip liar bermaharajalela, kedua mereka mengambil keputusan untuk membuat kenyataan bersama berhubung perpisahan tersebut.

Dengan perngumuman itu, pasangan ini berharap tiada pihak yang mensensasikan perpisahan mereka demi menghormati keputusan kedua pihak.

Pasangan ini berkasih selama dua tahun sebelum mengikat tali pertunangan pada Ogos 2012 dan berkahwin pada 5 Ogos 2015  Bagaimana pun, mereka tidak dikurniakan anak.

Ekoran itu, desas desus timbul bahawa Jennifer kini kembali intim dengan bekas suaminya Brad Pitt yang juga telah berpisah dengan Angelina Jolie. 

Mungkinkah mereka akan rujuk? Satu persoalan yang tentu sekali semua mahu menunggu jawapannya kelak.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 30 Mar 2019

Fasha Sandha Sah Milik Aidil Aziz, Selamat Pengantin Baru!

Semoga kalian berbahagia sehingga hujung nyawa, Amin…

Hiburan Sat, 16 Mar 2019

Tunku Hanis Bengang Dituduh Popular Kerana Guna ‘Kabel’?

Uish, siapa tuduh Tunku Hanis guna ‘kabel’ tu? Tak baik tau!

Hiburan Sat, 23 Nov 2019

Alhamdulillah…Haqiem Rusli Bawa Keluarga Tunai Umrah 28 November Ini

Alhamdulillah… Semoga semua urusan dipermudahkan buat Haqiem & keluarga.

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
error: Content is protected !!