Events By: Salma Syahbuddin December 14, 2022 @ 6:17pm

Susulan Dakwaan Pukul Bekas Isteri, Radhi OAG Mahu Selesai Kes Cara Baik -“Moga Allah Lembutkan Hati Dia”

Kontroversi membabitkan rumah tangga penyanyi Radhi OAG berkenaan dakwaan memukul bekas isterinya, Nur Shaira Ayu Zahiri, 28, masih belum menemui titik noktah.

Menurut Radhi atau nama penuhnya, Muhammad Radhi Razali, 45, siasatan kes masih lagi berjalan dan perbicaraan akan bermula pada 14 Februari 2023.

Meskipun, perbicaraan tersebut akan berlangsung pada tahun hadapan namun dia berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Perbicaraan tentang kes saya akan bermula pada 14 Februari 2023. Jadi,  saya dah minta dekat dia (bekas isteri) dengan cara baik sebab saya tak nak fight pun benda ni kerana apa yang berlaku saya dah maafkan.  Dan saya pun harap dia maafkan saya juga.

“Tapi kalau dia masih lagi tak nak tarik kes ni, dan nak bawa sampai ke tahap perbicaraan then kita akan teruskan. 

“Setakat ini kes masih lagi berjalan, dah dua kali saya pergi mahkamah, kali terakhir adalah dia bagi tarikh perbicaraan semula pada Februari nanti,” katanya.

Menganggap kontroversi ini sebagai satu ujian daripada Allah, Radhi bagaimanapaun pernah bertekad untuk menarik semula kes dan berharap hubungannya bersama bekas isteri dan keluarga mentua berada dalam keadaan baik.

“Ada, cuma respons dia wallahualam. Saya berhubung pun dengan mak dia je sebab saya dengan mak dia masih tak putus hubungan. Nak kata hubungan dengan dia ada masalah pun saya tak boleh cakap lebih-lebih sebab bagi saya ini semua ujian. Apa yang berlaku semua ni Allah punya ketentuan, jadi saya tak boleh nak marah, tak boleh nak react, saya just take it easy dan cuba untuk selesaikan masalah ini dengan baik.

“Yelah, sebab dah 30 tahun bersama OAG dan mungkin ini satu ujian Allah nak bagi. Macam saya katakan tadi, saya tak ada niat nak fight back yang penting saya nak berbaik je dengan bekas isteri tapi kalau berbalik tu, itu semua kuasa Allah,” jelasnya.

Radhi ditemui ketika majlis sidang media Pelancaran Festival Konsert OAG 30 Tahun Generasiku yang diadakan di ATSKY Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Sementara itu, vokalis kumpulan OAG ini mengaku kontroversi demi kontroversi yang menimpa dirinya secara tidak langsung membuatkan reputasinya sebagai seorang artis terjejas.

“Pasal terjejas tu,  memang terjejas sebab sekarang ni even my own friends pun ada yang 50/50. Tapi bila dia tengok video yang saya tunjukkan baru dia nampak siapa yang bersalah dan tidak. Ada report daripada hospital yang mengatakan cedera ataupun tidak. Jadi kat situ saya yakin.

 “Lagipun, ini bukan kali pertama saya gaduh dengan dia, dan saya tahu style dia macam mana jadi saya rileks je lah. Saya rasa macam  johnny depp lah senang cerita, “ ujarnya.

Bahkan, dakwaan memukul bekas isterinya itu sangatlah berat sehinggakan dia pernah mengalami gangguan emosi.

“Berat. Terus terang cakap, saya psiko sekejap pasal benda ni. Tapi nak buat macam mana, saya terpaksa fight back secara profesional. Jadi, saya upah lawyer dan dia akan memastikan saya akan menang kes ni nanti.

“Sebab kalau saya pukul, saya mengaku! Senang cerita. Masalahnya saya tak pukul. Tapi saya lepaskan perkara ni kepada pihak berkuasa untuk selesaikan sebab kalau saya cerita nanti jadi emosi pula. 

“Saya belajar martial arts, seorang yang belajar seni mempertahankan diri dia tak akan suka-suka pukul orang unless dia kena pukul. Saya tak kan lah, memang setiap orang ada panas baran dia tapi macam saya,  paling pun tumbuk dinding, marah tu biasalah.

“Tapi sampai nak memukul depan orang ramai, depan anak-anak tu, saya masih waras lagi. 

“Saya mohon moga Allah lembutkan hati dia (bekas isteri) untuk tarik balik kes ni sebab bila kes ni dah masuk Mahkamah nanti mulalah buka aib sana sini. Jadi, saya harap kalau benda ni tak berlanjutan kita boleh selesaikan luar mahkamah,” katanya

Dalam pada itu, Radhi juga memaklumkan hubungannya dengan anak-anak masih baik sehingga ke hari ini.

“Alhamdulillah, hubungan saya dengan anak-anak masih lagi okay. Kalau saya baik dengan mak dia apakah ramalan anda agaknya. Cuma saya dengan dia tak tahu kenapa jadi macam tu,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Menurut Radhi,  dia tetap akan melakukan yang terbaik sepanjang konsert OAG 30 Tahun Generasiku yang akan diadakan pada 25 Disember ini walaupun sedia maklum bahawa kemungkinan penjualan tiket akan turut terjejas disebabkan kontroversi melibatkan dirinya.

“Saya tak kira, memang mula-mula saya terfikir juga benda tu tapi as i told you i try my best, tiket banyak tak banyak tu saya tau memang dia akan effects, sebab dengan kes ni lagi. Tapi yang penting saya akan lakukan yang terbaik kerana kita akan raikan dengan semua peminat nanti,” jelasnya.

Terdahulu, Radhi  mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan dan memukul bekas isteri pada perbicaraan di Mahkamah Majistret pada 22 April lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Apr 2026

Bobby Husaini Pertaruh Debut Filem Pertama, Amerul Affendi & Beto Kusyairy Terajui Libang Libu

Dikenali sebagai pengarah iklan komersial yang sering menghasilkan karya berimpak tinggi, Bobby Husaini bakal tampil dengan filem Libang Libu.

Featured Mon, 23 Feb 2026

Tak Minat Buat ‘Veneers’, Farahdhiya Berang Individu Persoal Warna Gigi  – “Ingat Bulan Puasa Ni Syaitan Semua Kena Ikat”

Penyanyi dan pelakon, Faradhiya tampil menegur sikap tidak bertanggungjawab seorang individu yang mempersoalkan warna giginya.

Hiburan Tue, 10 Jun 2025

[VIDEO] Isteri Azlan Komeng Terpaksa Pakai Tudung Dedah Leher 

Dagu belum sembuh punca Nilam pakai tudung nampak leher

Trending Fri, 4 Oct 2019

1,111 Metres Water Slide in Penang is So Crazy that It Set a New Guinness World Record

Even on the shortest of water slide we’ve already wet our pants, imagine how insane it would be sliding down a 1.1km one!

Featured Mon, 27 Oct 2025

“Terima Kasih Hantar Seorang Insan Yang Dapat Beri Cinta Sejati Pada Dia” – Erma Fatima Sebak Lihat Fattah Amin & Amira Othman

Erma bersyukur kerana Allah menghadirkan seorang insan yang dapat memberi cinta dan kebahagiaan buat Fattah.

Featured Tue, 20 Jun 2023
Featured Mon, 30 Aug 2021

Saman Fitnah Siti Nordiana: Sam Samin & Aida G Failkan Pembelaan, Akan Lawan Tuntunan Di Mahkamah

Sam Musyadzafar Samin atau Sam Samin dan Razidah Ahmad Senusi atau Aida G. yang merupakan defendan keempat dan kelima disaman oleh Siti Nordiana atas dakwaan memfitnah beliau di laman media sosial Instagram memasuki fasa baharu […]

Trending Fri, 27 Dec 2019

Android Beta Users Are Getting WhatsApp Dark Mode, iOS’ Coming Soon

In 2020, we may get dark mode for everything.

error: Content is protected !!