Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 9, 2025 @ 1:47pm

Peluang Masuk Liang Lahad ‘Hadiah’ Paling Bermakna Buat Noorkhiriah, Titip Pesan Jangan Tinggal Solat – “Momen Ini Sangat Mahal”

Pelakon versatile, Noorkhiriah menyifatkan peluang untuk melakonkan sendiri babak masuk ke dalam liang lahad merupakan pengalaman paling mahal untuknya.

Kata Khiriah atau nama penuhnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 49, dia sendiri secara sukarela ingin melakukan scene tersebut meskipun berasa risau pada awalnya.

“Saat memasukkan diri ke liang lahad, saya yang minta dekat abang Ezad nak masuk liang lahad lepastu saya lupa, gementar dan blur.

“Sampai-sampai dekat kubur saya stuck, air mata tak berhenti. Ya Allah pesan saya satu sahaja, jangan tinggal solat waima kita ni jahat macam mana sekalipun. Jika ada rasa sayang dengan diri sendiri.

“Terima kasih Allah atas hadiah yang cukup besar. Allah izinkan saya masuk dalam liang lahad,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @khiriah17

Tambahnya, sehari menjelang ulang tahun kelahirannya, suaminya juga telah menghadiahkan kain kapan kepadanya.

Sekaligus, menganggap peluang dan kesempatan itu sebagai ‘hadiah’ paling bermakna untuknya.

“Sebelum birthday, suami hadiahkan kain kapan, dosa banya sampai Allah bagi nikmat ni. Momen ini mahal,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @khiriah17

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Dec 2019

Jovian Bawa Anak Tunai Umrah

Untungnya kecil-kecil dah ke Tanah Suci!

Hiburan Wed, 4 Feb 2026
Trending Tue, 13 Aug 2019

8月13日!今天是「国际左撇子日」

8月13日是国际左撇子日(International Left Handers Day)是全世界所有左撇子的节日。

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

「体力和精神透支」刘家昌大马演唱会宣布取消

主办方对于在短期内再办一场演唱会将对年岁甚高的刘家昌老师会有不确定的安全顾虑,经慎重考量后决定取消马来西亚场演唱会。

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

[VIDEO] Sebak! Nurul Shuhada Kongsi Gelagat Anak Sampai Tertidur Nak Cari Abah Baru – “I Dont Have A Father…”

Anak Hafidz Roshdi iaitu Umar mencuri perhatian mahu cari bapa baru untuk Shuhada

error: Content is protected !!