Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops May 9, 2020 @ 12:27pm

Resipi durian crepe Musang King gebu licin Eina Azman

Sinonim dengan tagline, “it’s done”, Datin Paduka Eina Azman tidak pernah menghampakan dalam menarik perhatian dan memikat selera peminat menerusi perkongsian video resipi masakan dalam laman sosial miliknya.

Baru-baru ini, pemilik nama Ainur Syakina Azman itu berkongsi video resipi krep durian Musang King (durian crepe Musang King). Bagi peminat durian, anda wajib cuba resipi ini kerana ia sangat mudah untuk disediakan.

resipi durian crepe musang king eina azman

Kredit gambar: Instagram Eina Azman

Jom lihat resipi durian crepe Musang King!

Bahan krep durian:

1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung ubi
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula halus
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
50 ml susu segar
150 ml air
Sedikit pewarna kuning
1 sudu besar esen vanila

Bahan inti durian:

250 ml susu segar
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar tepung kastard
300 gram durian (lagi banyak lagi sedap)
150 gram krim putar (whipping cream)

Cara penyediaan:

1. Masukkan gula, telur, susu segar, minyak, air, esen vanila dan pewarna ke dalam mangkuk. Kacau sebati.

2. Ayakkan kesemua tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau sehingga sebati.

3. Tapiskan adunan agar tiada tepung yang masih berketul.

4. Untuk membuat inti pula, masukkan susu segar, gula dan tepung kastard ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati.

5. Masak sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan dan masukkan isi durian. Kacau sebentar sehingga sebati.

6. Angkat dan ketepikan adunan inti.

7. Seterusnya, pukul krim putar sehingga pekat. Pastikan krim putar dipukul ketika sejuk untuk memudahkan ia menjadi likat.

8. Panaskan kuali (non-stick pan), tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan ratakan.

9. Biarkan sehingga permukaan krep kering dan kemudian terus angkat. (tidak perlu diterbalikkan)

10. Ambil kulit krep dan dengan menggunakan beg piping, letakkan krim putar, inti durian dan krim putar sekali lagi untuk menutupi bahagian inti. Pastikan bahagian bawah krep adalah permukaan yang licin.

11. Lipat krep berbentuk segi empat dan kemaskannya.

resipi durian crepe musang king eina azman

Kredit gambar: Instagram Eina Azman

Durian crepe Musang King “it’s done” dan enak dimakan sejuk. Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 13 Nov 2018
Featured Sat, 12 Apr 2025

Video Gender Reveal Tular, Elisya Sanda Bakal Timang Baby Boy

Lebih istimewa, pasangan ini bakal menimang seorang bayi lelaki.

Featured Mon, 24 Feb 2020
familuv Thu, 16 Apr 2020
Featured Tue, 5 May 2020
Featured Fri, 10 Jun 2022
Eat Travel Thu, 21 May 2020

Rumah Kebun, percutian semula jadi yang mengasyikkan

Sesuai untuk keluarga besar berkumpul

Eat Travel Mon, 29 Oct 2018

4 Resipi Cheesecake Yang Tak Memerlukan Oven Untuk Buat

Apa-apa pun, rasa kek-kek ini tetap sedap!

Featured Sat, 14 Feb 2026

Isu Wali Jadi Tanda Tanya, Kayda Perjelas Dakwaan Roslan Aziz Sudah meninggal Dunia – “Bapa Saya Masih Hidup”

Penyanyi Kayda Aziz tampil memperjelaskan dakwaan yang mengatakan bapanya yang juga penerbit, Roslan Aziz telahpun meninggal dunia.

Featured Wed, 9 Oct 2024

Isu Cerai Baim Wong, Paula Verhoeven… Erma Fatima Tampil Backup – “Tak Pelik Jika Zaman Sekarang Isteri Pun Banyak Yang Berlaku Curang”

Hmmm, ada betulnay apa yang kaka erma katakan tu… tapi dalam isu ni min mampu doakan yang terbaik je✌️😎

error: Content is protected !!