Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 18, 2022 @ 12:37pm

Didakwa Guna Pengaruh Bapa Mertua, Jovian Akui Terkilan

Pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie mengakui terkilan apabila sering didakwa menggunakan pengaruh bapa mentuanya, Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi tujuan perniagaan dan peribadi.

Menurut Jovian, dirinya sudah mula menceburi industri fesyen sebelum bergelar menantu kepada Perdana Menteri itu lagi dan tidak pernah terdetik untuk mengambil kesempatan.

“Saya manusia biasa tentu ada rasa kecil hati, tapi saya tidaklah ambil secara peribadi kerana saya seorang yang sangat positif.

“Orang selalu kata saya dibiayai oleh duit kerajaan walhal saya tak pernah pun ambil kesempatan.

Memetik laporan Harian Metro, pereka fesyen itu turut memaklumkan sebelum ini dia hanya menggunakan duit ibunya sebagai modal untuk memulakan perniagaan yang kini sudah berkembang maju.

“Saya buat bisnes bermodalkan RM5,000 dari duit ibu saya. Bertitik tolak daripada situ, perniagaan saya mula berkembang dan saya dipertemukan dengan beberapa pelabur persendirian.

“Kalau nak kata saya ambil kesempatan, bagaimana saya boleh buka butik di Jalan Maarof, Bangsar yang menelan belanja berjuta-juta dan ketika itu saya belum berkahwin pun dengan Datin Nina Ismail,” katanya.

Selain itu, Jovian menganggap kehadiran bapa mertuanya menyumbang kepada dirinya dalam mengembangkan perniagaan dengan menghasilkan pelitup muka ketika penularan wabak Covid-19.

“Saya tak nafikan mungkin kedudukan bapa mentua itu membuka jalan dengan lebih luas terutama ketika pandemik apabila beliau memakai pelitup muka jenama saya setiap hari di kaca TV.

“Ia sekali gus memberi publisiti dan membawa rezeki kepada perniagaan yang sedang diusahakan. Ingin saya tegaskan bukan dia yang suruh saya buat perniagaan itu, tapi ia adalah usaha dan kerja keras saya sendiri.

“Boleh dikatakan kami melengkapi antara satu sama lain,” katanya.

Namun, pereka fesyen itu menyatakan dirinya sudah lali dengan segala tohmahan dan kecaman yang diterima dan hanya rakan terdekatnya sahaja yang mengetahu niatnya.

“Hanya kawan-kawan lama saja yang memahami perjalanan saya dalam industri fesyen ini. Saya sudah lali dengan kontroversi sebegini. Walaupun terguris tapi tak perlulah nak meratap atau menangis di media sosial,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Sep 2025
Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Dah La Berkain Pelikat Jer, Hannah Delisha Kongsi Saat Cemas!

Tiba-tiba Hannah rasa geli di kaki…euwwww, apa agaknya tu?

Featured Tue, 5 May 2020
Hiburan Wed, 22 Nov 2023

Bapa Along Jinbara Meninggal Dunia

Salam Takziah buat Along sekeluarga

Events Wed, 11 Sep 2019

Karisma Jelajah Suria Curi Tumpuan?

Jadi jangan lepaskan peluang untuk rasai sendiri kemeriahan Karisma Jelajah Suria ni nanti!

Hiburan Sun, 8 Sep 2019
Events Sun, 24 Mar 2019

「像男孩的女孩」Alycia短发越剪越短性取向遭怀疑?

「像男孩的女孩」Alycia短发越剪越短,性取向曾一度遭人怀疑,让她大喊“我是喜欢男生的啦!”

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

BTS sings OST For Japanese Remake Of ‘Signal’!

BTS is back with an OST for the Japanese remake of ‘Signal’!

Featured Sun, 24 Dec 2023
error: Content is protected !!