Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 3, 2023 @ 4:34pm

Peguam Perjelas Hak Hadanah Bekas Isteri Sam Bunkface Boleh Terlucut & Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Gara-Gara…

Pempengaruh dan bekas peguam, Reina Lum memberi penjelasan tentang hak hadanah seorang bapa yang dikaitkan dengan kes penyanyi Sam Bunkface.

Menerusi perkongsian Reina di TikTok, hak hadanah seorang ibu boleh terlucut jika berlaku situasi dimana ibu cuba untuk menjauhkan anak daripada bapanya.

Baru-baru ini, Sam membuat pendedahan bahawa anak lelakinya, Maleeq ditempatkan di rumah ibu bekas isterinya, Aida Azira di Melaka tanpa kebenaran dan pengetahuannya.

Pada masa sama, Maleeq tidak dijaga oleh ibunya disebabkan Aida bekerja di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Tak Jaga Pun Anak Tapi Nafkah Masih Beriya Minta Tinggi” – Sam Bunkface

Menurut Reina, alasan ini kuat untuk Sam mendapatkan hak hadanah tersebut.

“Legally, ini adalah strong case for Sam sebab dalam kes hak penjagaan anak, bukan kemahuan ibu bapa yang diutamakan tetapi hak anak tersebut.

“Saya faham majoriti ibu tunggal perlu bekerja tetapi kalau perkara tu melanggar undang-undang hak seorang bapa, ia boleh jadi isu mahkamah,” ujarnya.

Meskipun, hak hadanah selepas ibu ialah nenek sebelah ibu tetapi tanggungjawab untuk memastikan silaturrahim bapa dan anak tidak terputus terletak pada seorang ibu.

Malah, perkara seperti ini membuatkan ramai wanita dikenakan hukuman penjara kerana mengubah tarikh perjumpaan bapa bersama anak.

“Walaupun sebagai ibu tunggal memerlukan pertolongan ibu (nenek) untuk menjaga anak tersebut, tetapi untuk memindahkan anak sepatutnya by right kena ada persetujuan bapa.

“Kalau tiada persetujuan bapa atau terdesak, seorang ibu perlu ada perintah daripada mahkamah. Kalau tak buat macam tu, memang boleh terlucut hak hadanah ibu itu,” jelasnya.

@reinalum Replying to @mr.muhammadheikal Hak Hadanah Bapa explained. #sambunkface #undangundangmalaysia #mahkamahsyariah #tuntutanhadhanah #hadhanah #bunkface #viralmalaysia @#fypmalaysia ♬ original sound – Reina Lum

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Sep 2019

Empat penyakit mata yang boleh menggelapkan masa depan anak anda!

Ambil tahu dan bantu anak atasi masalah mata mereka

Hiburan Thu, 21 Nov 2019
Featured Fri, 2 Aug 2024
Hiburan Fri, 27 Sep 2024
Featured Wed, 2 Nov 2022

“Dia Beritahu Apa Saya Patut Buat…” – Pernah Alami Depresi, Alyph Dedah Sifat Caprice

Sebab tu kita tak boleh judge orang sebelum mengenali mereka…

Hiburan Sat, 14 Mar 2026

Shiha Zikir Sedih, Bergenang Air Mata Bila Noraniza Idris Dikecam Kerana Suka Lagu ‘Minta Ampun’

Shiha Zikir terkejut melihat komen kurang menyenangkan yang ditinggalkan di media sosial terhadap Noraniza Idris.

Featured Tue, 19 Jul 2022

[VIDEO] “Trend Niaga ‘Cedok Live’ Di TikTok Wujud Unsur Gharar” – PU Amin

Allahuakbar, pengajaran untuk semua sebelum kita beli apa-apa pastikan hukum halal dan haramnya dahulu

error: Content is protected !!