Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 2, 2024 @ 5:08pm

Pertaruh 12 Kategori Sempena TikTok Award 2024, Gelaran Creator Of The Year Bakal Jadi Rebutan

Mengangkat tema ‘Realisasikan Impianmu’, anugerah berprestij TikTok Award 2024 sekali lagi bakal mengiktiraf pencipta kandungan tempatan.

Menampilkan dua segmen utama iaitu, Pilihan Juri (Judge’s Pick) dan Pilihan Popular (People’s Choice), TikTok Award 2024 masih mengekalkan visi dan misinya iaitu meraikan pencipta kandungan (content creator).

Bagi kategori Pilihan Juri, para calon akan dipilih berdasarkan kriteria khas dan dinilai oleh panel eksekutif yang terdiri daripada, Khairul Aming, Angga Anugrah Putra, Pengurus Besar Operasi TikTok, Asia Tenggara, serta Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios.

Pilihan Juri

Bagi kategori Judge’s Pick, terdapat lima kategori yang akan dipertandingkan termasuklah, Beauty & Fashion Creator  Of The Year– terdiri daripada aisharahim07, ashyyedward, azfarherii, cheesusus, jpbrinx dan nynabukater.

Manakala, bagi kategori Education Creator of the Year,  aminxabid, eizuwan, financialfaiz, lawyersresponse, nuraezzatie dan professionalbimbo antara yang tercalon.

Bagi, Entertainment Creator of the Year pula antara yang tercalon adalah,  abang_shah_, achikmael, kanafly, lyanafitry, shahril_pencintamuvee dan shiltoklady

Food Creator of the Year pula terdiri daripada enam calon utamanya iaitu, ananthancharan, hishamraustv, hungrysam_oe,  inshaneats, soyabelacan dan tang_guo12.

Selain itu, TikTok juga tidak melupakan para pencipta kandungan yang terlibat dalam mencipta permainan, sukan dan Animasi menerusi platform berkenaan.

Justeru, Gaming Creator of the Year, Sports Creator of the Year dan Animation Creator of the Year turut diketengahkan.

Pilihan Popular

Dalam pada itu, TikTok Awards 2024 juga tidak sepi dari terus mengikuti dan mengiktiraf selebriti terkenal tanah air apabila  amsyar_leee, bellaastillah, hairul_azreen88, meerqeen, nabila.razalii dan sitikhadijahhalim_ turut  tercalon dalam kategori Celebrity Of The Year.

Manakala, bagi kategori yang bakal menjadi rebutan Creator of the Year antara yang turut tercalon ialah, chesayang_kitchen, daddyhood_, msqiwiie, ryanbakery, sfeashraa dan sofyank96 turut tercalon.

Seterusnya, bagi kategori Video Of The Year pula,  antara pencipta kandungan yang terlibat adalah,  agy.official, aisharahim07, amsyar_leee, msqiwiie, nazrulfaiz888 dan theblacksyndicatemy.

Pencalonan lain di bawah kategori Pilihan Popular (People’s Choice) adalah TikTok LIVE Creator of the Year dan TikTok Shop Creator of the Year.

Sekadar info, TV3 bersama-sama TikTok Malaysia akan mengiktiraf pencipta kandungan tempatan menerusi anugerah berprestij,  TikTok Awards Malaysia 2024 yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 11 Ogos depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 1 Jan 2020

Sekarang Thailand Pula Larang Penggunaan Beg Plastik Mulai 1 Jan 2020

Selepas Malaysia sekarang Thailand ikut jejak untuk larang penggunaan beg plastik

Hiburan Thu, 10 May 2018

Wah…Sufian Suhaimi Dah Ada Lagu Raya!

Memandangkan bulan ramadan pun dah dekat, rasanya dah tiba masa untuk lagu itu diperdengarkan…

Featured Mon, 30 Sep 2024
Fab Foodies! Fri, 17 Aug 2018

Jay Park’s Guide to Proper Soju Drinking Etiquette

Soju is more than just another alcohol; it’s South Korean culture.

Featured Tue, 4 Sep 2018

26 Foto Ini Menunjukkan Kenapa Ramai Orang Merindui Barack Obama

Dia memang satu dalam sejuta, susah nak cari pengganti.

Hiburan Wed, 14 Aug 2019

Doakan Aidid Marcello Kembali Sihat!

Get well soon abang Aidid!

error: Content is protected !!