Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin September 28, 2019 @ 1:44pm

Empat penyakit mata yang boleh menggelapkan masa depan anak anda!

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Bagi kanak-kanak, 80 peratus daripada proses pembelajaran mereka berlaku melalui proses penglihatan atau dalam erti kata lain, mata memainkan peranan penting untuk kanak-kanak melalui sesi pembelajaran atau fasa penting dalam kehidupan mereka.

Oleh itu, penjagaan terhadap kesihatan mata mereka amatlah perlu dititikberatkan bagi memastikan perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dialmi kanak-kanak berkenaan sama ada dari segi mental mahupun fizikal, namun satu statistik yang dikeluarkan pada 2010 menunjukkan daripada 12.5 juta penduduk dunia yang menghidap penyakit myopia (rabun), 56 peratus daripanya adalah mereka yang berusia di bawah 16 tahun.

Apa yang lebih membimbangkan satu kajian lain yang dilakukan oleh sekumpulan pakar perubatan menunjukkan hanya satu  daripada 10 kanak-kanak di Malaysia tidak melakukan diagnosis terhadap masalah penglihatan yang boleh membawa kepada masalah sakit kepala yang kronik dan bermasalah dalam proses pembelajaran.

Justeru, amat penting untuk ibu bapa di Malaysia mengenalpasti akan masalah mata yang mungkin boleh menimpa anak mereka.

Bagi menimbulkan kesedaran mengenai penyakit mata dalam kalangan ibu bapa di Malaysia, Perunding Kanan Oftalmologi Pusat Perubatan Universiti Malaya, Professor Dr Visvaraja Subrayan,  menyenaraikan empat jenis penyakit mata yang berisiko untuk dihadapi oleh kanak-kanak di Malaysia berserta dengan kaedah rawatan yang disediakan.

Ambliopia

Rawatan awal terhadap kanak-kanak yang menghidapi ambliopia amat penting untuk memulihkan penglihatan mereka. Foto: optometrists.org

Dikenali juga sebagai mata malas, ambliopia ialah penyakit yang menyebabkan kekaburan pada penglihatan seseorang kanak-kanak. Kebiasaannya, ianya hanya akan melibatkan sebelah mata sahaja. 

Kanak-kanak cenderung untuk mengabaikan masalah mata malas kerana mereka akan membiasakan diri untuk menggunakan sebelah lagi mata mereka yang masih elok. Jika ini dibiarkan, mata yang lemah akhirnya akan menjadi tidak praktikal. Hal ini berupaya menghalang kanak-kanak menggunakan mata mereka secara optimum di samping kehilangan penglihatan yang kekal.

Teknik rawatan yang perlu dilakukan:

  • Pemeriksaaan secara berkala ke pusat oftalmologi
  • Penggunaan cermin mata bagi memperbaiki daya fokus mata 
  • Pembedahan pada otot mata pula akan dilakukan untuk memastikan kelurusan cahaya yang masuk ke dalam mata
  • Penutup mata akan digunakan pada mata yang sakit untuk suatu tempoh selama beberapa minggu sehingga beberapa tahun

Strabismus

Penyakit strabismus tidak akan pulih dengan sendirinya jika rawatan yang sepatutnya tidak dilakukan. Foto: NHS

Lebih terkenal dengan nama juling, mata bagi para penghidap strabismus akan kelihatan bersilang atau bebola mata bagi kedua-dua belah mata kelihatan tidak sejajar antara satu sama lain. 

Penyakit strabismus, jika tidak diatasi dengan berkesan akan turut mendedahkan penghidapnya kepada penyakit mata malas dan juga kehilangan penglihatan tiga dimensi atau stereo

Rawatan untuk penyakit ini bergantung kepada keseriusan dan jenis juling yang dihidapi oleh pesakit strabismus. Pakar turut menegaskan yang strabismus yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak tidak boleh pulih dengan sendirinya.

Teknik rawatan yang perlu dilakukan:

  • Pemeriksaan berkala di pusat oftalmologi
  • Penggunaan cermin mata
  • Menampal mata
  • Pembedahan pembetulan mata/strabismus

Miopia dan hiperopia

Rawatan awal terhadap penyakit boleh mengelakkan kanak-kanak daripada terdedah kepada risiko penyakit yang lebih berbahaya seperti ‘mata malas’. Foto: blog.hoyavision.com

Miopia (rabun jauh) dan juga hiperopia (rabun dekat) merupakan masalah mata yang paling kerap dihadapi dalam kalangan kanak-kanak sejak akhir-akhir ini. Rabun berlaku apabila biasan cahaya yang masuk ke dalam mata tidak jatuh pada permukaan retina.Hal tersebut akan menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Bagi kanak-kanak yang menghidapi penyakit ini, mereka akan mengalami kesukaran untuk melihat objek yang jauh atau dekat. Kesan sampingan yang dihadapi oleh kanak-kanak yang rabun adalah kerap sakit kepala dan keletihan mata. Mata malas juga merupakan konsekuen yang boleh dihadapi oleh pesakit miopia jika ianya tidak diatasi dengan berkesan.

Teknik rawatan yang perlu dilakukan:

  • Pemeriksaan secara berkala di pusat oftalmologi
  • Penggunaan cermin mata

Leukokoria

Ketumbuhan yang berada pada katarak mata seseorang yang menghidapi penyakit leukokoria ini boleh dilihat secara nyata melalui mata kasar. Foto: https://chect.org.uk

Penyakit ini akan menyebabkan fenomena di mana cahaya yang masuk ke dalam mata akan dipantulkan semula ke luar melalui katarak yang terdapat ketumbuhan di atasnya.

Ketumbuhan ini boleh dilihat secara nyata pada katarak seseorang yang menghidap penyakit ini. Kebiasaanya, penyakit yang juga dikenali sebagai ‘mata kucing’ terjadi semasa kanak-kanak masih di dalam kandungan ibunya ataupun pada zaman awal kanak-kanak.

Tanda lain yang boleh diperhatikan pada kanak-kanak yang menghidap leukokoria adalah pergerakan mata yang cepat dan tidak normal, mata tidak selari atau tidak dapat melihat terutama jika kedua-dua mata tidak terjejas.

Penyakit mata ini juga boleh membawa kepada masalah yang lebih kritikal seperti kehilangan penglihatan kekal disebabkan ‘mata malas’ dan jugga kanser retinoblastoma, jenis kanser yang paling lazim dalam kalangan kanak-kanak yang berupaya untuk mengancam nyawa mereka.

Dalam mengendalikan kanak-kanak yang menghidapi penyakit ini, amat penting untuk ibu bapa merujuk kepada pakar agar rawatan awal dapat dilakukan.

Teknik rawatan yang perlu dilakukan:

  • Pemeriksaan secara berkala di pusat oftalmologi
  • Pembedahan 

Sehubungan itu, awasi dan pekalah jika anda kerap melihat anak menggaru mata atau menonton televisyen dengan keadaan yang pelik dan tidak seperti sebelumnya. Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubati.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 13 Jun 2026

Beli Mikrofon Cecah Puluhan Ribu Ringgit & Ubah Penampilan… Haqiem Rusli Sedar Kurang Dapat Perhatian Lepas Kahwin – “Kalau Statik Je Tak Ke Mana”

Haqiem Rusli berkata, keputusan untuk mengubah penampilannya timbul selepas menonton filem legenda pop dunia, Michael Jackson.

Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Hantar Anak Check Up Dentist, Alih-Alih Gigi Fizo Omar Yang Kena Cabut!

Pelakon Fizo Omar terkejut apabila mengetahui dia masih memiliki gigi bongsu biarpun sudah menginjak usia 40 tahun.   View this post on Instagram   A post shared by Fizo Omar (@fizoomar) Perkara tersebut diketahui Fizo […]

Featured Wed, 24 Jun 2026

“Saya Harap Tangan Yang Saya Pegang Nanti Masih Tangan Awak” – Izzue Islam Titip Ucapan Penuh Emosi Buat Isteri Sempena Hari Lahir

Izzue Islam menyorot perhatian ramai apabila berkongsi luahan istimewa buat isteri tercinta, Awin Nurin sempena ulang tahun  kelahirannya baru-baru ini.

Featured Wed, 3 Aug 2022

Netizen Persoal Niat Izara Aishah Berhasrat Mahu Menetap & Meninggal Di Madinah?

Alamakk, bukan ke ini satu niat yang baik tapi lain pula jadi ni.. Apapun, moga impian Izara akan tercapai

Featured Mon, 1 Aug 2022
Featured Wed, 13 Oct 2021

Hadir Ke Mahkamah Syariah Bersama Suami, Siti Saleha Fail Tuntutan Cerai

Pergolakan rumah tangga aktres jelita, Siti Saleha menjadi persoalan ramai apabila pelakon itu didakwa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes perceraiannya. Menurut laporan sebuah portal, prosiding dilakukan di […]

Events Mon, 12 Aug 2024

Shah Firdaus Sebak Gagal Bawa Pulang Pingat – “Saya Dah Janji Nak Bawa Ibu Bapa Pergi Umrah”

Allahu, moga ada hikmah disetiap apa yang berlaku. Come back stronger Shah!🔥💪

error: Content is protected !!