Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom January 9, 2019 @ 12:00pm

Mengidam mi tomyam bann asli Thai? Moh kita ke Little Rara!

Sesiapa yang pernah melancong ke Thailand, pasti tertarik dengan aroma makanan di tepi jalan sekitar bandar Bangkok.

Kecur air liur dibuatnya, lebih-lebih lagi melihat deretan makanan lazat tersusun penuh menggiurkan, namun disebabkan ragu dengan status halal, seringkali hajat untuk menjamah sesuatu makanan itu terbantut!

Kalau ikutkan, tidak perlu sampai ke negara Gajah Putih itu untuk menikmati masakan Thai kerana di Malaysia terdapat banyak restoran berasaskan masakan Thailand.

Kebanyakan gerai tomyam yang banyak ditemu di Malaysia ialah masakan di selatan Thailand yang mana diubah suai bagi menepati cita rasa tempatan.

Lantaran itu, ciri-ciri utama makanan Thailand yang menjadi daya penarik terpaksa dikorbankan seperti rasa pedas menyengat dan aroma tomyam yang kuat.

Bagi mereka yang meminati masakan Thai asli, Little Rara Thai Noodle House yang terletak di Jln Kia Peng, Kuala Lumpur, mampu memberi kepuasan kepada penggemar dengan penyediaan makanan yang sama dengan hidangan jalanan di Bangkok.

Foto: Malaysian Flavours

Foto: Malaysian Flavours

Rasa dan keaslian makanan yang disajikan di restoran itu adalah satu dedikasi dan juga komitmen Rudi Farique Aziz atau lebih dikenali dengan panggilan Rudi, bagi memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencuba dan menikmati rasa asli masakan Thailand yang pasti halal.

Demi memberikan kepuasan kepada pelanggan, masakan di Little Rara Thai Noodle House menggunakan sumber yang asli dan terbaik.

Jangan terkejut sekiranya daging yang dihidangkan di restoran tersebut lembut dan sedap kerana ia adalah daging import gred tinggi dari Australia mencecah RM50 sekilogram (bergantung kepada harga pasaran).

Biarpun dalam mengekalkan rasa yang asli memerlukan modal bahan mentah yang agak besar, namun keutamaan rasa adalah segala-galanya.

Foto: Malaysian Flavours

Foto: Malaysian Flavours

Restoran Little Rara Thai Noodle House menyediakan makanan berasaskan mi seperti mi sup, mi tomyam bann kai selain berasaskan nasi seperti nasi pad kra paw serta BBQ, di samping tom yam thaley yang tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai hidangan wajib dicuba di sini.

Semua hidangan diselitkan dengan tiga pilihan minuman iaitu teh ais Thailand dan teh hijau Thailand.

Sesudah menjamah hidangan utama, jangan berhenti dulu selagi tidak mencuba pencuci mulut turut disediakan kepada pelanggan seperti pulut mangga dan ais krim.

Selamat mencuba dan menjamu selera!

Foto: Malaysian Flavours

Foto: Malaysian Flavours

Foto: Malaysian Flavours

Foto: Malaysian Flavours

Foto: Malaysian Flavours

Sumber: Malaysian Flavours

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Nov 2021

Ajar Anak Hargai Pengutip Sampah, Tindakan Keluarga Ini Mendapat Pujian Ramai

Satu video di TikTok telah mendapat perhatian netizen dimana video tersebut menunjukkan pasangan suami isteri mengajar seorang anaknya untuk berbuat baik dengan pekerja pengutip sampah. Video yang berdurasi 30 saat itu mempamerkan seorang kanak-kanak yang […]

Featured Mon, 28 Aug 2023
Featured Thu, 13 Oct 2022
Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Sun, 22 Aug 2021

“Saman Artis Membazir, Ni Bukan Zaman Sekolah Nak Gaduh”- Shila Amzah

Penyanyi, Shila Amzah meluahkan pandangannya berikutan isu melibatkan kes saman antara selebriti yang kini hangat diperkatakan di media sosial. Menerusi laman Instagramnya, Shila berkongsi pandangannya dengan mengatakan perkara tersebut hanya membuang waktu dan wang ringgit. […]

Featured Tue, 24 Mar 2020
Eat Travel Thu, 24 May 2018

12 Jenis Makanan Yang Paling Popular Dan Dicari Pengunjung Bazar Ramadan

Bazar Ramadhan merupakan destinasi popular pencinta makanan, sama ada mereka yang mencari sesuatu yang mudah dimakan atau sesuatu yang lain daripada yang lain.

Featured Mon, 25 Nov 2024

Nora Ariffin Syukur Kembali Jadi Isteri Sah Dr Rushdi -” Kami Rujuk Secara Rasmi Di Mahkamah”

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, hari ini bagi mengesahkan proses rujuk dengan suaminya, Dr Rushdi Ramli.

error: Content is protected !!