Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 5, 2022 @ 2:05pm

“Ini Langkah Pertama Menuju Zina” – Tak Kisah Dikecam, Ustazah Asma’ Bidas Ibu Bapa Benar Anak Pergi Konsert Justin Bieber

Terdahulu, kecoh di ruangan media sosial Twitter mengenai seorang pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun yang bertindak untuk memberikan teguran secara terbuka berhubung konsert Justin Bieber bakal berlangsung di Malaysia.

Penjualan tiket konsert yang akan diadakan pada Oktober ini telahpun bermula beberapa hari lalu dan ia telah habis dijual.

Dek kerana isu tersebut, Asma’ telah menerima lontaran kecaman yang dianggap melampau terutamanya daripada golongan ibu bapa yang mempertahankan hak anak mereka untuk berhibur.

Terbaru, Asma’ memuat naik sebuah hantaran di akaun Facebook rasmi miliknya yang seakan tidak kisah apabila dirinya dikecam segelintir ibu bapa dan netizen.

“Saya tak sedih dikecam dan dihina, siapa saya ni untuk dihormati dan dimuliakan, banyak kekurangan dan dosa sendiri yang lebih menjadikan diri ini hina. Kesedihan adalah apabila melihat sesuatu kemungkaran namun ramai yang berdiam,” tulisnya.

Tampil menjelaskan mengenai pendapatnya itu, Asma’ menyatakan nasihat berkenaan adalah bertujuan untuk melindungi anak-anak daripada ‘tersesat’ ke jalan yang salah dan tidak diredai.

“Ramai kecam juga dalam kalangan ibu ayah, katanya pergi bukan guna duit Ustazah pun, kenapa nak sibuk hal orang, dan lain-lain yang lebih pedih.

“Duhai ibu ayah bukankah kalian yang selama ini berkata sayang pada anak-anak sampai Syurga dan berdoa untuk berkumpul disana.

“Bukankah kalian yang selalu inginkan anak-anak selamat daripada bahaya dunia, jika mereka sakit kalian tak tidur lena dan sanggup korban apa sahaja.

“Tiada kasih sayang yang lebih tulus seorang ibu ayah melainkan mereka berusaha dengan hati, perkataan dan tindakan untuk melindungi anak-anak daripada melalui jalan yang salah dan terpesong daripada menuju ke syurga. Itulah bukti kasih sayang sejati.

“Adakah kalian begitu naif bahawa suasana konsert sebegini akan berlakunya percampuran lelaki dan perempuan, kadang minuman najis berjaya dicuba, lebih jauh lagi ia boleh menjadi langkah pertama menuju kepada penzinaan.

“Suasana terkinja-kinja dan saling hilang kawalan diri, walaupun asalnya si anak ni seorang yang pemalu dan sopan,namun suasana sangatlah mempengaruhi seseorang, pakaian pula tak boleh dibayangkan, pasti akan disesuaikan dengan konsert supaya tak dilihat janggal.

“Bertemulah dengan kawan baru, sekelip mata nombor telefon saling bertukar, merasai nikmat kebebasan atas nama ‘sporting’ IBU AYAH,” tulisnya.

Asma’ mengakui sangat terkesan dengan budaya masyarkat yang terpengaruh dengan konsert kelahiran artis Kanada itu seakan terkejut apabila tiket penjualan konsert Justin Bieber telahpun habis.

“Allahuakbar, kita tahu tiket dah habis pun terjual. Satu konsert yang harganya sangat mahal begitu mendapat sambutan di negara Islam Malaysia. Selepas ini, nantikanlah konsert lain pula bakal menyusul, atas nama hiburan itu keperluan, maka suburlah budaya hedonisme.

“Terbentuk jelaslah generasi hamba hiburan, itulah nanti menjadi sumber pendapatan pihak penganjur yang tamak,” katanya.

Tambah Asma’, dia tidak berniat untuk mendoakan perkara yang tidak baik melanda negara atau masyarakat, namun dia hanya memberi pandangan berdasarkan pengalaman sendiri yang banyak menguruskan kes masalah sosial.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 18 Dec 2018

Lazada Saw 1.3 Billion Visits During 11.11 and 12.12 Sales

That’s a crazy amount of people visiting the website and app!

Trending Thu, 8 Apr 2021

Tiada SOP Baharu Berkenaan Surat Rentas Negeri

Kalau tak pasti boleh dapatkan penjelasan lanjut kepada pihak berwajib okay!

Hiburan Sat, 21 Jul 2018

Al- Fatihah…Bapa Rosma Meninggal Dunia

Rosmawati dan suami, Khai, bersama semua anggota keluarga berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir.

Hiburan Wed, 30 Jan 2019

Hampir Alami Kemurungan, Nourul Wahab Bongkar Kisah 10 Tahun Lepas

“I was down. Almost depressed. Fikir masa depan, fikir sorang-sorang, fikir @ayu_ace, dan macam-macam lagi,” tulis penyanyi Nourul Wahab yang berkongsi kisah perit dilaluinya sepuluh tahun lalu. Menerusi laman Instagramnya, Nourul atau nama sebenarnya Noorul […]

Hiburan Wed, 14 Aug 2019

‘Pulangkan Telefon Saya’- Yuna

Semoga Dipermudahkan Yuna!

Trending Fri, 8 Apr 2022

Nak Membantu Sepanjang Ramadan? Bukan Sahaja Sumbangan Kewangan Tau, Kita Boleh Pelbagaikan!

Kebanyakan masyarakat hari ini sering mengaitkan derma dengan orang kaya dan berpendapat bahawa mereka tidak mampu untuk melakukan kebaikan kerana berfikiran derma hanya melibatkan bentuk kewangan. Sebenarnya, terdapat pelbagai kebaikan yang boleh dilakukan yang tidak […]

Trending Mon, 5 Feb 2018

Orang Utan Mati Ditembak 17 Kali

Orang Utan Mati Ditembak 17 Kali Sebelum Dipenggal Dan Dicampak Ke Sungai

Trending Wed, 25 Dec 2019

Hanya Kerana Gambar Kampung Di Perlis Dikongsi Apple …

Raih Ratusan Ribu ‘Like’, Dipuji Seluruh Dunia

error: Content is protected !!