Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 8, 2022 @ 8:13pm

Nak Membantu Sepanjang Ramadan? Bukan Sahaja Sumbangan Kewangan Tau, Kita Boleh Pelbagaikan!

Kebanyakan masyarakat hari ini sering mengaitkan derma dengan orang kaya dan berpendapat bahawa mereka tidak mampu untuk melakukan kebaikan kerana berfikiran derma hanya melibatkan bentuk kewangan.

Sebenarnya, terdapat pelbagai kebaikan yang boleh dilakukan yang tidak semestinya dengan wang ringgit, yang paling penting adalah niat dalam melakukan kebaikan kerana walau sekecil mana pun usaha, pasti besar maknanya.

Sempena dengan bulan Ramadan yang mulia, susu Goodday dengan kerjasama ERA dan GEGAR kembali dengan inisiatif terbaru mereka, untuk mengajak orang ramai bersama-sama menyokong kempen ‘Berkat Sepakat Bersama Susu Goodday’.

 Sumbangan dalam pelbagai bentuk

Kempen ini bertujuan mewujudkan platform membolehkan semua orang melakukan kebaikan berdasarkan kemampuan mereka kepada golongan kurang bernasib baik terutamanya mereka terkesan disebabkan oleh pandemik ini.

Susu Goodday akan menyediakan ‘Tapak Berkat’ ke tiga lokasi terpilih di Lembah Klang, Selatan dan Pantai Timur Malaysia bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan tetapi tidak mampu dari segi wang ringgit  kepada mereka yang memerlukan.

Melalui ‘Tapak Berkat’ oleh Susu Goodday, terdapat pelbagai cara bantuan yang boleh dihulurkan, sama ada sumbangan dari segi pakaian, makanan, barangan keperluan harian, pemeriksaan kesihatan dan juga menyumbang tenaga sebagai sukarelawan.

Bukan itu sahaja, yang paling unik, para sukarelawan boleh menawarkan bantuan/sumbangan dari segi kemahiran seperti potong rambut, menjahit, pembaikan kasut, atau apa sahaja jenis kemahiran yang memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan!

Sertai Kempen Goodday Berkat Sepakat

Dalam pada itu, kempen Berkat Sepakat bersama susu Goodday dilihat sebagai usaha besar pihak susu Goodday di bulan Ramadan untuk memberi peluang kepada semua masyarakat supaya sama-sama dapat menyumbang dan berbuat baik di bulan berkat ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menyumbangkan masa mereka sebagai sukarelawan dengan memberi dan menderma barangan (pakaian, barangan runcit), atau menyumbang kemahiran seperti potongan rambut, menjahit, boleh mendaftar sebagai sukarelawan menerusi pautan ini.

Kempen Goodday Berkat Sepakat akan diadakan dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang di lokasi dan tarikh berikut di seluruh Malaysia:

Sabtu, 9 April 2022 : Dewan Seksyen 7, Kota Damansara, Selangor

Sabtu, 16 April 2022 : Dewan Serbaguna Kundang Ulu, Johor

Sabtu, 23 April 2022 : Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, Kelantan

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif dan aktiviti masa hadapan Susu Goodday, sila layari laman Facebook Goodday Milk Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 May 2022
Featured Sun, 31 Oct 2021

Joe Flizzow Jadi Guru Bahasa Inggeris… Tukar Profesion Ke?

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow mendapat inspirasi melancarkan program pengajian Bahasa Inggeris selepas mendapat respons seorang guru di Kelantan. Guru itu berterima kasih atas usaha kumpulan rap yang dianggotai oleh Joe, Too Phat yang merakamkan […]

Featured Mon, 14 Mar 2022
Featured Thu, 16 Feb 2023
Featured Fri, 7 Jan 2022

Youtuber Tawar Gaji RM3,000 Sebulan, Jadi Pengasuh Jaga Patung Puaka

Selebriti Youtube dari Indonesia, Rizki Nasution, dilaporkan sedang mencari empat orang pengasuh untuk menjaga kesemua patung puaka miliknya dengan gaji 10 juta rupiah (RM2,925) sebulan. Berdasarkan video yang dimuat naik di laman TikTok oleh seorang […]

Featured Thu, 21 Sep 2023
Featured Fri, 9 Sep 2022

Izwan Azir Saleh Kesal Warganet ‘Miskin Simpati’ Terhadap Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita – Izwan Azir Saleh

Trending Wed, 24 Mar 2021
error: Content is protected !!