Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 31, 2023 @ 6:45pm

Anak Tiri Miera Leyana Dedah Nombor Telefon Masih Kena Block Dengan Bapa, Kereta Mini Cooper Juga Ditarik – “Saya Tak Terkejut Sebab…”

Anak tiri kepada pelakon Miera Leyana, Nur Izzah mendedahkan dia sudah lama tidak berhubung dengan bapanya, Rosland Othman sejak Februari lalu gara-gara nombor telefon disekat bapanya.

Menurut laporan mStar, Izzah berkata bapanya bertindak sedemikian rupa berkemungkinan merasakan tercabar dengan kata-kata anaknya itu.

“Dia rasa defensif dengan kata-kata saya sebab apa yang saya cakap itu perkara betul dan apa yang dia buat itu salah.

“Masa itu dia ambil adik saya Anisa tanpa pengetahuan mak saya (Adibah) jadi bila saya cakap benda fakta kemudian dia defensif dan sebab itulah dia ‘block’ saya.

“Saya tak tergores hati pun tentang dia ‘block’ saya,” katanya.

Lebih parah, Izzah juga memaklumkan kereta jenama Mini Cooper pemberian Rosland kepadanya itu juga telah diambil semula tanpa sebab.

“Kereta itu telah ditarik daripada saya… saya tak terkejut sebab sudah boleh agak dia (Rosland) akan buat benda itu.

“Sebelum dia tarik kereta saya, dia sudah tarik kereta mak saya.

“Saya tak tahu apa motif dia tapi mungkin itu cara dia nak menghukum kami, tapi saya okay je,” ujarnya.

Izzah yang menjadi saksi pihak defendan bagi kes nusyuz difailkan Rosland turut menyatakan dakwaan ibunya, Adibah Abdul Mutalib keluar rumah tanpa kebenaran suami adalah tidak rasional.

“Saya boleh katakan dakwaan itu (keluar rumah tanpa izin) sangat tak munasabah sebab dah memang ada persetujuan antara defendan dan plaintif.

“Dia juga selalu tidak pulang ke rumah, ibu juga akan membuat perancangan sendiri dengan anak-anak. Sepanjang itu dia memang tak pernah menghalang.

“Dalam pada masa sama, ibu juga akan ajak dia dan akan beritahu juga yang kami akan pergi bercuti dan lokasi kemana kami pergi.

“Sebelum ini kami ada ajak juga namun dia selalu beri alasan sibuk dan tak ada masa tapi kami boleh tahu lokasi dia dimana ketika itu.

“Melalui hantaran yang dibuat pihak sana, kita semua tahu, tak boleh nak sorok, satu Malaysia tahu” katanya.

Rosland dan Adibah sah bercerai talak satu pada 3 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Rosland dikatakan memilih untuk bercerai atas alasan tiada persefahaman dan tawar hati dengan tindakan Adibah kerana membuat kenyataan berhubung perkahwinan mereka sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Miera Leyana, Rosland Othman Sah Cerai Isteri Pertama Dengan Talak Satu

Untuk rekod, mereka mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima orang anak yang kini berusia 11 hingga 26 tahun.

Pada 25 Julai 2020, Rosland berkahwin dengan Miera Leyana dan dikurniakan seorang cahaya mata, Rachel Aisyah yang kini berusia 3 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Madu Miera Leyana Puas Hati Beri Kenyataan Kes Nusyuz, Luah Tak Pernah Ingkar Suami

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Madu Miera Leyana Dedah Suami Tak Beri Duit Belanja Sejak September 2021 – “Tiba-Tiba Tanpa Sebarang Alasan”

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Sep 2019

鍾瑾桦受邀前往韩国!担任音乐节表演嘉宾

Alvin鍾瑾桦受邀前往韩国担任《2019 Asia Song Festival》表演嘉宾;他是继林宇中(2008)、光良(2010)和Asmidar(2017)后第四位受邀的马来西亚歌手。

Trending Sun, 10 Nov 2019

MH360 KUL-Beijing Patah Balik Kenapa?

MH360 patah balik jadi takutan buat para netizen , agar insiden MH370 tidak berulang

Hiburan Thu, 5 Feb 2026

Netizen Tegur Isu Baju ‘Off-Shoulder’, Watie Hanifiah & Thalita Beri Penjelasan

Watie turut mengakui Shuib ada menegurnya isu pakaian Thalita itu dikatakan mencolok mata memandangkan usianya masih muda

error: Content is protected !!