Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain March 12, 2024 @ 4:03pm

Spontan Record Momen Sepentas Dengan Siti Nurhaliza, Peminat Syamel Berseloroh: “Dua-Dua Lawak!”

Penyanyi Syamel tampil berkongsi momen dirinya membuat persembahan bersama penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang berlangsung di Axiata Arena, Sabtu lalu.

Momen spontan itu telah dikongsikan oleh Syamel menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Syamel kelihatan sangat teruja untuk merakam momen tersebut bersama biduanita kebanggaan tanah air itu.

Lebih mencuri perhatian, Syamel sempat meminta Siti membuat love ketika merakam video tersebut.

“Dengar cerita tanjak tak tanggal lagi,” tulisnya.

Terhibur melihat momen tersebut, rata-rata pengikutnya mengakui tidak sabar untuk menunggu Syamel memuat naik video itu.

Malah, perkongsian tersebut turut dihujani dengan pelbagai respons yang menghiburkan dari kalangan pengikutnya di ruangan komen.

@syamel_official dengar cite tanjak tak tanggal lagi #sebuahepitomesayasitinurhaliza @Siti Nurhaliza ♬ original sound – Syamel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Feb 2024

“Ibu Akan Tepuk Bahu Dan Kata…” – Wany Hasrita Akui Sukar Urus Anak Sendirian

Semoga dipermudahkan urusan Wany membesarkan anak ❤️

Hiburan Sun, 14 May 2023
Featured Wed, 14 Aug 2024
Hiburan Mon, 18 May 2026

Hot FM Cipta Sejarah Tersendiri di Peringkat Asia, Bersiaran Langsung Dari Puncak Merdeka 118

Hot FM muncul sebagai stesen radio pertama di Malaysia yang melakukan siaran luar secara langsung dari bangunan tertinggi negara, Merdeka 118.

Trending Sat, 2 Jan 2021

Bernikah Dengan Ahli Perniagaan, Nafiz Muaz Selamat Bergelar Suami

Tahniah Nafiz & isteri, selamat pengantin baru!

Hiburan Sat, 25 Jan 2025

Nafi Sengaja Cipta Publisiti Tayang L*rah, Sophia Albarakbah Akan Lebih Berhati-Hati Jaga Penampilan

Sophia Albarakbah nafi tayang lurah, anggap kritikan netizen lumrah

error: Content is protected !!