Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 18, 2024 @ 3:00pm

Kembali ke Sabah Selepas 5 Tahun, Mari Meriahkan Karnival Jom Heboh Pada 27 Hingga 29 Disember Ini!

Setelah hampir lima tahun, Karnival Jom Heboh (KJH) kembali menyapa rakyat Sabah! Acara padang ikonik ini akan menggegarkan tapak KJH Kota Kinabalu, Sabah dari 27 hingga 29 Disember 2024, menjadikan lokasi terakhir siri jelajah KJH pada tahun ini sebagai penutup yang gemilang.

Disenaraikan sebagai ‘Acara Padang Paling Lama’ oleh The Malaysia Book of Records, KJH terus menjadi acara kegemaran rakyat Malaysia. Sejak dianjurkan pada tahun 2003, karnival ini telah menarik jutaan pengunjung dan menjadi platform yang menyatukan komuniti melalui hiburan, interaksi, dan pelbagai aktiviti menarik.

TARIKAN DAN AKTIVITI MENARIK DI KJH SABAH 2024:

Bertemu Artis dan Personaliti Popular:

Pengunjung boleh beramah mesra dengan selebriti kegemaran mereka di Studio Tonton Drama Sangat. Sertai juga aktiviti menyeronokkan seperti Buletin Challenge, pertandingan mewarna, dan sesi bersama maskot yang comel pastinya mencuit hati.

Promosi Hebat dari Jenama Terkemuka:

Reruai jualan oleh jenama popular seperti F&N, Marigold, dan 4Fingers menjanjikan tawaran menarik. Tidak ketinggalan, perkhidmatan seperti KWSP, Affin Bank, dan U-Mobile turut hadir dengan promosi eksklusif buat pengunjung yang hadir.

Konsert Hiburan Penuh Warna:

Malam Pertama (27 Disember): Jom Lokal Jam menampilkan bakat-bakat tempatan yang memukau.

Malam Kedua & Ketiga (28 & 29 Disember): Konsert Jom Heboh menyajikan hiburan dari artis tanah air, termasuk persembahan istimewa oleh alumni One In A Million pada malam kedua. Persembahan ini meraikan kebangkitan program ikonik ini selepas 15 tahun menyepi.

KEMERIAHAN YANG BAKAL MENGGEGARKAN SUASANA TAPAK KJH SABAH

Sepanjang tiga hari itu, KJH Sabah akan menjadi medan pertemuan komuniti dengan aktiviti-aktiviti sesuai untuk seisi keluarga. Rangkaian program dari hiburan hingga promosi jualan, bersama persembahan menarik dari selebriti, memastikan setiap pengunjung mendapat pengalaman yang tidak akan dilupakan.

“Sabah sentiasa menjadi destinasi istimewa buat kami. Kembalinya KJH ke sini adalah penghargaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang sentiasa memberi sokongan padu. Kami berharap karnival ini menjadi platform yang mengukuhkan lagi semangat kebersamaan dan ukhuwah,” ujar Ms Eileen, Pengarah Projek Karnival Jom Heboh.

Sebagai usaha menyebarkan kebaikan, para pengunjung juga boleh menyertai inisiatif Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima dengan memberikan sumbangan di reruai khas sepanjang karnival berlangsung.

JOM MERIAHKAN SABAH!

Karnival Jom Heboh Sabah 2024 akan berlangsung dari 9.00 pagi hingga 11.00 malam setiap tiga hari. Tandakan kalendar anda, dan pastikan untuk membawa seisi keluarga bagi menikmati keseronokan dan pengalaman luar biasa ini.

Sebarkan kegembiraan dan keterujaan anda di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu, #KarnivalJomHeboh, #CalpisSodaOneInAMillion dan #InspirasiGenerasi. Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my atau ikuti media sosial rasmi di @jomhebohofficial di Facebook dan Instagram.

JOM WARGA BORNEO! SAMA-SAMA HEBOHKAN AKHIR TAHUN ANDA BERSAMA KARNIVAL JOM HEBOH!

Jom seluruh warga Sabah & Sarawak! Kita pakat ramai-ramai hadir ke Karnival Jom Heboh! Jangan lepaskan peluang merasai pengalaman yang luar biasa melalui gabungan hiburan dan tarikan aktiviti-aktiviti menarik yang telah disusun khas untuk anda sekeluarga berhibur di Karnival Jom Heboh Sabah yang akan berlangsung pada 27 Disember hingga 29 Disember 2024 (Jumaat, Sabtu & Ahad) di Kompleks Sukan, Kota Kinabalu Sabah bermula seawal 9.00 pagi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 Aug 2022
Featured Thu, 14 Dec 2023

Zayn Rayyan Dipercayai Masih Hidup Pada 5 Disember Selepas 5 Jam Dilaporkan Hilang

Allahu, apalah agaknya kisah sebenar disebalik pembunuhan adik Zayn Rayyan ni😥

Featured Wed, 10 Nov 2021

Ajar Anak Hargai Pengutip Sampah, Tindakan Keluarga Ini Mendapat Pujian Ramai

Satu video di TikTok telah mendapat perhatian netizen dimana video tersebut menunjukkan pasangan suami isteri mengajar seorang anaknya untuk berbuat baik dengan pekerja pengutip sampah. Video yang berdurasi 30 saat itu mempamerkan seorang kanak-kanak yang […]

Hiburan Sun, 19 Oct 2025

Tiket Pra-Jualan Tur Sama Sama Dilanjutkan Hingga 2 November, 5 Pemuzik Hebat Bakal Gegar KL Disember Ini

Tempoh pra-jualan tiket Tur Sama Sama yang menampilkan lima pemuzik terkenal iaitu Tulus, Kunto Aji, Sal Priadi, Dere dan Idgitaf dilanjutkan dari 19 Oktober hingga 2 November 2025 atas permintaan tinggi daripada peminat.

Featured Fri, 23 Sep 2022

[VIDEO] Didakwa Abai Nafkah Anak-Anak Lebih 10 Tahun! Bekas Isteri Minta Cliff Umar Tunaikan Janji – “Saya Dah Penat”

Alahai kesiannya dekat anak-anak lebih 10 tahun terabai 😥 Semoga ada jalan penyelesaian!

Featured Tue, 7 Nov 2023
Featured Wed, 18 Oct 2023
Featured Wed, 19 Feb 2025

Sebak! Ibu Kenang 5 Tahun Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair

Ibunya menyifatkan pemergian Ashraf seperti baru berlaku semalam.

error: Content is protected !!