Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 30, 2025 @ 1:15am

“Dalam Kehidupan Lain, Dia Akan Jadi Bidadari Paling Cantik” – DSV Akui Sebak Dengar Luahan Hati Cik B

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, mengakui tidak dapat menahan rasa sebak selepas membaca luahan anaknya, Cik B, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Vida, dia tidak pernah menyangka anak gadisnya itu memilih untuk membuka hati secara terbuka lebih-lebih lagi mengenai isu yang begitu peribadi.

“Saya hanya tahu selepas perkongsian itu viral. Terkejut juga bila lihat dia meluahkan rasa kurang yakin terhadap diri sendiri… seolah-olah dia benar-benar merasakan dirinya tidak cantik.

“Dia pernah cakap dia tak boleh jadi anak perempuan seperti yang saya harapkan. Bila saya tanya dia sayang mama tak, dia jawab sayang… tapi dia kata dia tak mampu jadi ‘anak girly’ yang saya mahu,” katanya ketika ditemui pada Pra Kemuncak ABPBH Ke-37.

Vida turut berkongsi sejak akhir-akhir ini Cik B kini menunjukkan perkembangan yang sangat menggembirakan sebagai seorang remaja yang semakin selesa menerima diri.

“Dulu dia tak bersolek langsung, pencuci muka pun dia tak pakai. Sekarang dia mula jaga kulit, penampilan semakin kemas dan wajah pun bersih. Dahulu gaya tomboy membuatkan dia rasa lebih selesa, dan saya faham itu pilihan yang mudah baginya,” jelasnya.

Walaupun menerima pelbagai kritikan di luar, Vida menegaskan hubungan dan kasih sayangnya terhadap Cik B kekal utuh.

“Insya-Allah, dalam kehidupan lain, Cik B akan menjadi bidadari yang cantik. Yang penting, saya sentiasa mahu yang terbaik untuk dia.

“Kesedihan saya, saya simpan. Sebab saya nampak dia berusaha keras untuk tampil seperti yang orang harapkan daripada seorang anak perempuan. Tapi bagi saya, Cik B tetap sempurna seadanya.

“Saya sayang dia… apa pun yang berlaku, dia tetap anak mama yang hebat,” luahnya.

Terdahulu, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menyentuh hati warganet apabila memuat naik video di TikTok dengan kapsyen yang cukup mendalam mengenai hubungannya dengan ibunya.

Dalam luahannya, Cik B mengakui dirinya bukan gadis ‘girly’ seperti yang ibunya impikan, namun buat masa ini, keutamaan dirinya adalah untuk melindungi ibunya.

“Dalam kehidupan lain, saya akan menjadi anak perempuan ‘girly’ seperti yang diimpikannya. Tetapi buat masa ini, saya memilih untuk melindunginya,” tulisnya.

Video tersebut dirakam ketika Datuk Seri Vida dan pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona, hadir sebagai artis jemputan pada konsert GenKRU The Finale: One More Time di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

@cikb_havoc

Just some random thought:) #fyp #cikb #tiktokmalaysia

♬ original sound – Healing – DC ONLINE MARKETING

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 23 Jun 2021

Selepas 9 Tahun, Siti Sarah Kembali Bergabung Dengan Shuib

Selepas sembilan tahun tidak tampil dengan lagu duet bersama, penyanyi Siti Sarah dan suaminya, pelawak dan usahawan Shuib kembali bergabung dan berpadu suara dalam sebuah karya baharu berjudul Semakin Benci Semakin Cinta (SBSC). SBSC yang […]

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Jangan ‘bawa mulut’ Si Bayi Pipi Merah Belum Melihat Dunia!

Penyanyi ‘Jerat Percintaan’ ini ternyata masih belum bersalin walau pun kini Mac hampir berakhir.

Hiburan Mon, 5 Aug 2019

Tahniah…Nina Iskandar Kini Bergelar Isteri Penolong Pengarah!

Bagi saya, ini waktu sesuai saya mengadakan majlis resepsi selain diadakan sempena hari jadi.

Hiburan Mon, 22 Jul 2024

[VIDEO] “Saya & Fattah Baik Sahaja, Spekulasi Itu Tak Betul” – Fazura Leraikan Dakwaan Rumah Tangga Bergolak

Alhamdulillah, semoga Allah terus melindungi rumah tangga Fazura & Fattah ❤️

Hiburan Tue, 10 Jun 2025
Hiburan Wed, 27 Feb 2019

Demi Album Pertama, Ayda Jebat Sanggup Berulang Alik Ke Jakarta

Lama dah kita tak dengar Ayda bawakan lagu Balada kan? Good Luck Adik!

Events Wed, 12 Feb 2020

[VIDEO] “Persembahan Aina Tak Ada Unsur Insinuation”- Peguam Ini Buka Mulut

Semoga tiada lagi kontroversi yang timbul lepas ni

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

李佩玲开唱哭成泪人 现场向林宇中求婚?

2016年凭着第一季《中国新歌声》爆红的Jeryl李佩玲,9日举办人生第一场演唱会;今年年满18岁的她,坦言一路走来不容易,在演唱会三度上哭成泪人。

error: Content is protected !!