Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 4, 2023 @ 5:33pm

[VIDEO] Sarat Hamil 5 Bulan, Tarian Lincah Ayda Jebat Buat Peminat Risau! Netizen Komen: “Baju Tu Terpaling Rihanna!”

Aksi lincah menari penyanyi Ayda Jebat ketika membuat persembahan pada sebuah acara yang berlangsung di Bukit Jalil baru-baru ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warganet.

Menerusi perkongsian peminat di TikTok, Ayda kelihatan rancak menari sambil menyanyikan lagu popularnya berjudul, Nakal.

“Risau takut Ayda Jebat terberanak atas stage,” tulis pada kapsyen video berkenaan.

Malah, rata-rata peminat meluahkan kebimbangan terhadap tindakan pelakon dan penyanyi itu, apatah lagi dia kini hamil lima bulan.

“Aku mengandung besar perut macam ni dah mengah. Aku pula risau kot Ayda tiba-tiba pengsan ke apa.

“Mestia Ayda akan penat sebab hyper sangat. Ibu mengandung je yang akan faham.

“Moga Ayda baik-baik je, risau tengok lincah sangat,” komen netizen.

Kenapa tak pakai baju longgar

Sementara itu, terdapat segelintir warganet tampil menegur pakaian Ayda yang kelihatan terlalu ketat sehingga menunjukkan bentuk perutnya.

Bahkan, ada yang menyamakan penampilan aktres itu dengan penyanyi antarabangsa, Rihanna ketika membuat persembahan pada acara Super Bowl Halftime Show yang berlangsung di Kansas, Amerika Syarikat pada 13 Februari tahun lalu.

“Kalau cover dengan blazer lagi sopan.

“Kalai pakai baju longgar sikit nampak manis.

“Kalau AJ pakai baju t-shirt pun okay lawa juga, comel pun comel..  tak nampak perut.

“Baju tu terpaling Rihanna,” komen netizen.

Semua okay dan terkawal

Memetik laporan Harian Metro, Ayda bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa ketika dia menjayakan persembahan tersebut, dia masih berhati-hati dan tidak selincah seperti kebiasaannya.

Bahkan, dia juga berterima kasih kepada semua peminat yang mengambil berat terhadap keadaan diri dan juga kandungannya.

“Semuanya okey dan berada dalam keadaan terkawal. Takkanlah saya tergamak nak membahayakan nyawa diri dan kandungan.

“Cuma saya sedar dalam keadaan sedang hamil ni saya tidak sepatutnya terlalu lincah dan perlu lebih berhati-hati.

“Alhamdulillah saya dan bayi semuanya baik-baik saja. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan kebaikan saya dan anak.

“Saya tak sangka begitu ramai yang ambil peduli dan risaukan keadaan diri saya. Apabila membaca komen saya terus rasa bersalah dan tidak sepatutnya bertindak sedemikian,” katanya.

 

Sumber: TikTok, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 7 Sep 2025

Experience Content! REV Media Group Hidupkan Semangat Baharu di Exploding Content 2025

REV Media Group mengumumkan kembalinya acara tahunan Exploding Content 2025 yang akan berlangsung dari 30 September hingga 2 Oktober di Basecamp Bangsar.

Featured Wed, 19 Apr 2023
Hiburan Fri, 14 Jun 2024
Featured Mon, 22 Aug 2022

“Saya Jalani Hidup Macam Biasa, Tapi…” – Siti Nordiana Dedah Terima 2 Permohonan Batal Saman Fitnah

Fuhhh, dah lebih setahun kes ni berlalu 🔥 Agak agak siapalah ek yang minta batalkan saman fitnah tu 🤔🤭 Moga dipermudahkan semuanyaaa 😌

Featured Fri, 21 Oct 2022

Yazmin Aziz Kongsi Tips Berjaya Turun Berat Badan 8 Kilogram Tak Sampai Sebulan!

Fuhh tak sampai sebulan dah macam ni rupanya? Power lah besprennn

Featured Sun, 26 Dec 2021

“Ini Barulah Keluarga Malaysia!” – Kaum India, Melayu Sama-Sama Bersihkan Masjid & Kuil

Banjir besar yang melanda negara baru-baru ini bukan sahaja menjejaskan rumah dan kedai perniagaan tapi juga rumah-rumah ibadat. Beberapa video yang dimuat naik oleh Nallan Dhanabalan dengan nama pengguna @nallan.dh di TikTok merakamkan kerja-kerja pembersihan […]

Hiburan Fri, 12 Jun 2026

“Saya Sangat Bersyukur…” – Aisha Retno Pertaruh Diari Air Mata, Impian Bekerjasama Dengan Ajai Akhirnya Jadi Kenyataan

Bagi Aisha pula, peluang bekerjasama dengan Ajai disifatkan sebagai satu penghormatan besar

error: Content is protected !!